Skip to main content

Selebriti

Kael Syukur, Selamat Peluk Agama Islam - “Alhamdulillah”

Kael Syukur, Selamat Peluk Agama Islam - “Alhamdulillah”

Sekilas

  • Kael, penyanyi dan pelakon, mengesahkan dirinya telah memeluk agama Islam melalui video di Instagram rasmi miliknya.
  • Kael hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama teman wanitanya, Engku Sulwani, untuk urusan pengislaman.
  • Kael sebelum ini sudah mendalami ajaran Islam dan merancang untuk berkahwin dengan Engku Sulwani selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Kael, mengesahkan dirinya telah selamat memeluk agama Islam.

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Kael atau nama sebenarnya, Michael Lean Chien menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi miliknya pada Selasa.

Advertisement

Menerusi video berkenaan, Kael dilihat sedang bersedia sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.

“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

 

 Tidak berseorangan, Kael turut hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk urusan pengislamannya, ditemani teman wanitanya, Engku Sulwani.

 

Di ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa syukur selain mengucapkan tahniah kepada Kael atas penghijrahannya sebagai saudara baharu.

Terdahulu, Kael mengesahkan dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Engku Sulwani selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.

Kael sebelum ini turut mendedahkan bahawa dia sedang mendalami ajaran Islam sebagai persiapan sebelum memeluk agama tersebut selain merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Engku Sulwani.
 

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement