Skip to main content

Viral

Kak Ika Mohon Maaf, Nafi Perlekeh Golongan B40 - "Saya Pun Tak Lahir Daripada Keluarga Berada..."

Astro Gempak ika

Sekilas

  • Kak Ika memohon maaf atas penggunaan bahasa kasar dalam balasan komen semasa sesi siaran langsung di Cameron Highlands.
  • Dia menjelaskan kenyataan yang tular mengenai golongan B40 adalah salah faham dan merujuk kepada akaun luar negara yang sering memasuki LIVE miliknya.
  • Kak Ika akan berkongsi rakaman penuh sesi LIVE untuk jelaskan konteks sebenar dan menegaskan tiada niat menghina mana-mana golongan masyarakat.
Advertisement

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kak Ika atau nama sebenarnya Zamzam Zulaikha Abu Shah tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi yang timbul berkaitan kenyataannya dalam satu sesi siaran langsung yang tular di media sosial. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Kak Ika mengakui terdapat beberapa balasan komen yang ditulisnya menggunakan bahasa kasar ketika berada di Cameron Highlands dan mengakui perkara itu tidak sepatutnya berlaku. "Saya mengakui bahawa balasan tersebut tidak sepatutnya ditulis sedemikian rupa dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas cara saya membalas komen-komen tersebut," katanya. Menurut Kak Ika, dia juga telah mengambil inisiatif menghubungi individu yang terlibat menerusi mesej peribadi di Threads dan TikTok bagi menyampaikan permohonan maaf secara langsung. Dalam masa sama, Kak Ika turut menjelaskan dakwaan kononnya dia menghina golongan B40 sebenarnya berpunca daripada salah faham terhadap kenyataan yang dibuat ketika sesi siaran langsung tersebut. Katanya, frasa "bangsa-bangsa yang masuk" yang disebut ketika siaran langsung itu merujuk kepada akaun luar negara yang sering memasuki sesi LIVE miliknya dan mengambil ganjaran seperti Treasure Coin atau Treasure Box yang disediakan untuk pengikutnya. "Bagi isu B40, kenyataan yang saya sebut berkaitan 'bangsa-bangsa yang masuk' ketika sesi LIVE adalah merujuk kepada akaun-akaun luar negara yang sering memasuki LIVE saya dan mengambil Treasure Coin atau Treasure Box yang biasa saya sediakan untuk para pengikut saya. "Perkara ini telah beberapa kali berlaku sehingga menyebabkan pengikut-pengikut saya sendiri sukar untuk mendapatkan hadiah tersebut," jelasnya. Menurut Kak Ika lagi, sebahagian rakaman yang tersebar telah dimanipulasi sehingga memberi gambaran seolah-olah kenyataan itu ditujukan kepada golongan B40. Malah, dia memaklumkan akan berkongsi rakaman penuh sesi siaran langsung tersebut bagi menjelaskan konteks sebenar kenyataan yang dibuat. "Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berterusan, saya akan turut berkongsi rakaman sesi LIVE tersebut di mana saya menyebut Vietnam/Thailand, bukan B40," katanya. Pada masa sama, Kak Ika menegaskan dirinya tidak pernah berniat menghina atau merendahkan mana-mana golongan masyarakat. "Kenyataan tersebut tidak ditujukan kepada golongan B40 atau mana-mana golongan masyarakat di Malaysia. Saya tidak lahir dalam keluarga yang berada, oleh itu saya tidak berniat untuk menghina, merendahkan atau memperlekehkan golongan B40," katanya. Mengakhiri kenyataan tersebut, Kak Ika berkata dia menerima segala teguran yang diberikan dan menganggap insiden berkenaan sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam berkomunikasi pada masa hadapan. Katanya, selepas memberikan penjelasan, dia memilih untuk kembali memberi fokus kepada keluarga, pekerja, pelanggan serta perniagaan yang diusahakan.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Ready Stock Kargo Pants Men Fit Cargo Pant Men Korean Style Seluar Cargo Lelaki Seluar Kargo Lelaki Slim Fit Black Seluar Cargo Lelaki Slim Fit Working Pants Seluar Poket Tepi Lelaki Plus Size

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

Kasyalia - Wyn Linen Blouse

Kasyalia - Wyn Linen Blouse

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Bebola Sabit/Bebola Cinta/Papan Love/Jubin Love (26cm-27cm) GA-7

Must Watch Video

Advertisement