Skip to main content

Hiburan

Kak Ngah Dalam kenangan, Air Mata Peminat Keluarga Iskandar Banjir! - “Dengan Aku Sekali Bengkak Mata…”

Keluarga Iskandar

Peminat drama bersiri, Keluarga Iskandar 3 meluahkan rasa sedih selepas watak Kak Ngah yang dilakonkan oleh Susan Lankester 'meninggal dunia'.

Rata-rata mengakui tidak menyangka watak tersebut akan dimatikan dalam jalan cerita musim kali ini.

“Sedihnya episod Keluarga Iskandar 3 malam ni. Tak expect pulak watak Mak Ngah meninggal. Lakonan semua watak padu weh, macam betul-betul kehilangan ahli keluarga sendiri. Watak Abang Ngah paling terkesan. Tak baik tau production,” tulis seorang penonton di Threads. 

Menjengah ke media sosial, pelbagai reaksi dapat dilihat apabila rata-rata peminat memuji lakonan mantap barisan pelakon yang berjaya menghidupkan suasana kehilangan dengan begitu realistik.

Ada yang mengakui mereka turut menangis kerana terasa seperti benar-benar kehilangan ahli keluarga sendiri.

“Apa ni sedih laaaa. Masalahnya, semua cast nangis macam betul-betul diaorang ni real family. Princess nangis aku tak boleh la 😭 dari S1 layan KI, Kak Ngah mmg fav semua orang.

“Yes, I cry too padahal lakonan but mcm real episod kali ni best baru tau kak meninggal

“Ye wehh.. semua paduu lakonan. Mcm betol2 kehilangan fmly member..menciiii.. nangis terokss mlm ni.

“First time nangis untuk drama Melayu

“Betholll .. lelagi part princess peluk bapak dia then nangis tu .. kitee pon banjirrrr

“Power betul lakonan semua cast Keluarga Iskandar 3, menangis sungguh-sungguh, dengan aku sekali bengkak mata,” komen netizen. 

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir peminat yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila watak kegemaran mereka ‘dimatikan’ dalam drama tersebut.

Bagi mereka, kehadiran watak Mak Ngah yang dibawakan Susan Lankester memberi warna dan keseimbangan dalam keluarga Iskandar.

“Keluarga Iskandar 3, please explain why Kak Ngah dihilangkan? ataupun dlm erti kata lain meninggal dunia hmm, for me watak dya lah paling best also acu😭ehh aku ne tak suka drama melayu tapi this one mmg best drama ever in Malaysia and they deserve better.”

Kenapalah Keluarga Iskandar matikan watak Kak Ngah? Honestly, watak Kak Ngah tu THE BEST character dlm drama ni

“Please episode keluarga iskandar 3. Kenapa matikan kak ngah😞✋🏻 that's my favourite character,” ujar mereka di sosial media. 

Anda mungkin berminat dengan

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement