Skip to main content

Indonesia

Kalah Remaja Putus Cinta, Ari Lasso Hamun & Minta Bekas Kekasih Pulang Barang Pemberian

ari_dearly

Sekilas

  • Ari Lasso dan bekas kekasihnya, Dearly Joshua, berpisah selepas hubungan mereka berakhir dengan kontroversi dan dakwaan sikap buruk Ari.
  • Dearly mendakwa Ari meminta barang pemberian sepanjang mereka bercinta dipulangkan dan dia banyak berkorban masa serta emosi dalam hubungan itu.
  • Ari menafikan dakwaan menghubungi wanita lain dan membuat laporan polis terhadap tindakan Dearly yang didakwa menyerang wanita tersebut.

Ari Lasso adalah satu nama yang cukup disegani dalam dunia hiburan Indonesia. Namun sejak kisah asmara dengan usahawan wanita, Dearly Joshua berakhir, banyak cerita kurang menarik mengenai perihal peribadinya beredar.

Ironi keduanya juga tidak lagi muda. Ari yang merupakan duda sudah berusia 51 tahun sementara Dearly, 44 tahun. Terkini, bekas kekasih Ari mendedahkan sikap buruk penyanyi lagu Elang itu di media sosial.

Dearly antaranya mendakwa Ari meminta dia memulangkan barang pemberian sepanjang mereka bercinta. Untuk mengelakkan perseteruan dan masalah yang lebih besar, wanita memulangkan semua pemberian Ari meski berasa tindakan itu tidak wajar.

Malah dia juga mendakwa lebih banyak melakukan pengorbanan dalam hubungan mereka. Bukan hanya dari segi barangan, dia juga mengorbankan waktu dan emosi kerana ingin membuat Ari bahagia.

“Sebenarnya saya ingin tahu. Saya sudah berbuat salah apa sebenarnya sehingga kamu boleh menghantar mesej panjang lebar memaki hamun saya. Meminta semua dikembalikan.

“Sepanjang bersama, saya sampai tidak masuk ke ofis berbulan-bulan, sanggup korbankan masa bertemu anak demi bersama kamu, malah saya yang bantu kamu sehingga urusan buang air kecil,” dedah Dearly seperti dilaporkan CNNIndonesia.

Hubungan mesra  mereka berakhir pada Disember 2025 antaranya didakwa kerana Ari menghubungi wanita lain. Ari bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut sehingga membuat laporan kepada polis mengenai tindakan  Dearly  ‘menyerang’ wanita yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pemuzik itu.

Must-Watch Video

Advertisement