Skip to main content
Advertisement

Acara

“Kalau Bukan Kita Yang Nak Hargai, Siapa Lagi?” - Tomok Seru Anak Muda Kenali Warisan Pahang

Tomok tun teja

Sekilas

  • Tomok menyeru generasi muda supaya tidak melupakan budaya dan warisan tempatan walaupun terdedah kepada pengaruh moden dan antarabangsa.
  • Beliau teruja dapat menghiburkan masyarakat Temerloh dalam Fiesta Tun Teja yang berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026 di Dataran Temerloh, Pahang.
  • Festival ini bukan sahaja hiburan, malah platform untuk mengeratkan hubungan masyarakat dan memberi peluang anak muda mengenali keunikan budaya Pahang.
Advertisement

Penyanyi Tomok menyeru generasi muda agar tidak melupakan budaya dan warisan tempatan meskipun semakin terdedah kepada pelbagai pengaruh moden serta trend antarabangsa.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, golongan muda perlu memainkan peranan dalam memastikan khazanah budaya terus dipelihara dan diwarisi generasi akan datang.

Advertisement

“Pada saya, generasi muda kena ambil peluang untuk kenal dan belajar tentang warisan serta budaya kita sendiri. Sebab kalau bukan kita yang nak hargai dan teruskan, siapa lagi?” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Rindu Terhenti’ itu turut meluahkan keterujaan apabila diberi peluang menghiburkan masyarakat Temerloh menerusi Fiesta Tun Teja yang bakal berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026 di Dataran Temerloh, Pahang.

“Alhamdulillah, pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur sebab sudi jemput saya untuk sama-sama memeriahkan Fiesta Tun Teja ni.

“Mestilah saya rasa seronok dan teruja sebab dapat jumpa dan menghiburkan orang Temerloh,” katanya.

Advertisement

Mengulas mengenai penganjuran festival berkenaan, Tomok menyifatkan acara berteraskan kebudayaan bukan sekadar platform hiburan, malah mampu mengeratkan hubungan masyarakat daripada pelbagai lapisan usia dan latar belakang.

“Muzik sendiri pun sebenarnya satu medium yang boleh menyatukan orang.

“Jadi saya rasa program macam Fiesta Tun Teja ni memang patut diteruskan sebab selain memberi hiburan, ia juga dapat menghidupkan suasana komuniti dan memberi peluang kepada masyarakat untuk meluangkan masa bersama keluarga,” ujarnya.

Justeru, Tomok berharap lebih ramai anak muda mengambil peluang menghadiri festival seumpama itu bagi mengenali keunikan budaya dan warisan negeri Pahang dengan lebih dekat.

“Jangan malu untuk kenal budaya sendiri. Datanglah ke festival macam ni, tengok, belajar dan hayati keunikan warisan yang kita ada.

“Sebab warisan ni bukan sekadar cerita zaman dulu, tapi sesuatu yang kita kena jaga supaya generasi akan datang pun dapat mengenalinya,” katanya.

Untuk rekod, Fiesta Tun Teja anjuran Majlis Tindakan Sosial Pahang di bawah seliaan APRESIASI PAHANG 1st turut menampilkan barisan penyanyi popular termasuk Ella, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Siti Nordiana dan Ameng Spring.

Selain persembahan hiburan, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti seperti pameran warisan, Tun Teja Run, sukaneka serta aktiviti seni solekan bersama jurusolek profesional anak Pahang.

Festival berkenaan turut menawarkan cabutan bertuah dengan hadiah termasuk kereta, motosikal, basikal dan barangan elektrik.

Fiesta Tun Teja bakal berlangsung selama tiga hari bermula 6 hingga 8 November ini di Dataran Temerloh, Pahang.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

JDT 3D Block 1071

JDT 3D Block 1071

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

💖GHIIO💖 [ready stock in Malaysia] Knit Women Long Sleeve Shirt Blouse Women Korean Style Ladies Slim Knitted Knitwear Knit V-Neck Tops Baju 13 Colors baju perempuan

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

KM Eloura Straight Cut Loose Style Women Pants [P5452]

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

6 POCKET ARMY ( CARGO) 🔥🔥Hot Sell🔥🔥(Army 3pockt bawa kaki ada jerut rm15).(Army 6pockt bawa kaki xada jerut rm17)

Must Watch Video

Advertisement