Skip to main content

Selebriti

“Kalau Muka Cantik, Comel, Lembut, Ala-Ala Suci, Kau Buat Apa Pun Akan Okay” - Zila Bakarin Ulas Persepsi Terhadap Isu ‘Penyondol’

Zila Bakarin isu penyondol

Sekilas

  • Pelakon Zila Bakarin beri pandangan tentang stigma masyarakat terhadap individu yang dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga.
  • Zila menegaskan bahawa rupa paras dan imej seseorang mempengaruhi sejauh mana mereka mendapat simpati walaupun terlibat dalam kontroversi.
  • Perkongsian Zila di platform Threads mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang bersetuju dengan pandangannya.
Advertisement

Pelakon Zila Bakarin tampil memberikan pandangan berhubung persepsi segelintir masyarakat terhadap individu yang dikaitkan menjadi orang ketiga atau penyondol dalam rumah tangga.

Menerusi hantaran di platform Threads, Zila membalas komen seorang netizen yang menyatakan sokongannya kepada beberapa selebriti wanita didakwa pernah menjadi mangsa orang ketiga.

Advertisement

“Acik support Abby Abadi, Puteri Sarah, Nora Danish, Intan Salleh, Tengku Zawiyah, Bella Astillah, Rita Rudaini, Elly Mazlein, Maizawati (ex Akil Hay), Adibah Mutalib (ex wife suami Mira L), Shu Shukri, Liyana Manan (ex wife suami Hanez S), Syafnie (ex Ac).

“Say no to artis penyondol. Ramai ya artis-artis penyondol kat Malaysia termasuk biduanita, primadona,” tulis netizen tersebut.

Mengulas perkara itu, Zila berpendapat layanan masyarakat terhadap mereka yang terpalit dengan kontroversi sering dipengaruhi oleh rupa paras dan imej yang ditampilkan.

Advertisement

Malah hal itu juga menyebabkan ada segelintir individu yang lebih mudah mendapat simpati serta dimaafkan walaupun melakukan kesalahan

“Maaf kalu apa yang saya cakap akan tersinggung. Dia macam ni, kau penyondol ke penyedok ke apa sahaja yang boleh sakitkan hati perempuan lain.

“Tapi kalau si penyodok muka cantik comel, lembut, manis, ala-ala suci, terpaling lindungan Kaabah, kau buat apa pun akan okay. Dan yang back up perempuan juga, maaf cakap,” jelasnya.

Perkongsian Zila itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangannya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung STELLA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Must Watch Video

Advertisement