Skip to main content

Viral

"Kalau Saya Tak Bersuara, Siapa Nak Back Up Anak?" - Abby Abadi Tegaskan Luahan Bukan Buka Aib

"Kalau Saya Tak Bersuara, Siapa Nak Back Up Anak?" - Abby Abadi Tegaskan Luahan Bukan Buka Aib

Sekilas

  • Abby Abadi menggunakan media sosial untuk menyuarakan isu rumah tangga dan hak anak-anak hasil perkahwinan dengan Norman Hakim, bukan untuk membuka aib.
  • Dia mengakui kesilapan dalam mendidik anak menyebabkan mereka mempunyai dua saluran pengaruh, dan bertekad menuntut hak serta nafkah anak dengan tegas.
  • Abby tidak kisah jika ada yang membenci kerana isu ini adalah masalah global yang dialami ramai ibu lain juga.
Advertisement

Pelakon dan pelakon Abby Abadi menegaskan menggunakan media sosial sebagai medium untuk menyuarakan polemik yang berlaku dalam rumah tangga terutama berkaitan anak-anak hasil pernikahan bersama mantan suami, Norman Hakim bukan bersifat untuk membuka aib.

Sebaliknya, Abby menyifatkan tindakan tersebut meski memberi imej kurang baik kepadanya sedikit sebanyak dapat menyelesaikan kemelut yang melanda termasuk isu nafkah dan anak-anak.

Advertisement

“Saya rasa apa yang saya buat ni sedikit sebanyak memberi impak juga walaupun dia macam buat tak tahu, dia macam tuli, dia macam macam tak ada empati kan tapi saya rasa macam benda itu sedikit sebanyak memberi kesan.

“Saya buat ini dan usaha supaya anak-anak saya dilayan sama adil. Itu saja permulaannya dan saya nampak hasilnya, saya nampak,” kata Abby.

Abby ditemui pada majlis sidang media konsert Elegant Selamanya yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 30 Oktober ini.

Tegas Abby lagi, apa yang dikongsikan di media sosial hanya terlalu sedikit berbanding kemelut yang lebih besar dihadapinya sejak bercerai 2008.

“Saya tidak luahkan banyak pun. Saya berkongsi berpada-pada saja. Saya rasa macam ada banyak benda yang orang tak tahu pun. Yang fasal anak pun baru ni je saya cakap, tapi start daripada Marissa hari tulah. Sebab saya rasa macam saya tak ada orang nak back up untuk saya selamatkan anak,” ujarnya lagi.

Pada pertemuan sama, Abby turut mengakui kesilapan dirinya adalah kerana tidak tegas dalam mendidik, menjadikan anak-anaknya mempunyai dua channel (saluran) terutama bagi situasi.

Advertisement

“Kesilapan saya adalah tidak tegas mendidik anak. Jadi mereka kini punya dua saluran iaitu kalau tidak bersama saya, akan pergi kepada pihak satu lagi.

“Saya kata kesilapan saya sebab anak ada dua channel tau. Tak kena dengan saya dia lari sana, tak kena dengan saya dia lari sana. Macam tulah.

“Mereka orang pergi sana sebab di sana tak ada orang marah. Kat sana tak ada orang macam saya. Memang kita kena jaga anak-anak kita kan?

"Kalau ada buat salah, kalau ada pergi keluar pergi mana balik lambat balik malam, kita marahlah. Mak, mak tapi tak ada berlebih-lebihan pun,” jelasnya lagi.

Ditanya adakah dia akan terus bersuara di media sosial untuk menuntut hak-hak telah terabai, kata Abby dia tidak boleh meramal pada depan.

Namun sebagai ibu dia akan menjalankan tanggungjawab mendapatkan hak anak-anak dengan baik serta tuntutan nafkah yang tertunda seperti sepatutnya.

Abby malah tidak peduli jika ada yang membenci dirinya terlalu lantang di media sosial kerana menyifatkan isu yang disuarakan sebagai sebuah masalah global.

“Tak apa dalam pada ramai orang berkata yang tak baik ada saja orang yang kata baik. Ada saja orang yang bersama saya sebab saya rasa benda masalah saya ini masalah global. Ibu-ibu lain pun lagi teruk pada saya.

“Banyak yang mesej saya, saya lagi teruk, anak begitu, anak begini, anak lepas kahwin sisihkan saya, anak lepas kahwin buang saya terus, macam-macam. Maknanya benda-benda ni masalah global,” kata Abby lagi.

Terdahulu Abby menjadi perbualan hangat selepas luahan pada ulang tahun ke-18 anak bongsunya, Maria Danisha Hakim baru-baru ini.

Anda mungkin berminat dengan

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

16 inches HAPPY BIRTHDAY Party Decoration Balloon Set 19455

16 inches HAPPY BIRTHDAY Party Decoration Balloon Set 19455

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must Watch Video

Advertisement