Skip to main content

Hiburan

“Kalau Tak Rasa Emosi, Dia Sendiri Minta Ulang” - Pengarah Razaisyam Rashid Puji Komitmen Mierul Aiman Di Set Filem TARUNG: Unforgiven

Astro Gempak 458

Sekilas

  • Pengarah Razaisyam Rashid puji komitmen pelakon Mierul Aiman yang sangat menjaga kualiti lakonan sepanjang penggambaran filem Tarung: Unforgiven.
  • Mierul sanggup ulang babak sendiri jika emosi watak Hatta dirasakan belum sampai, menunjukkan dedikasi tinggi dalam lakonan.
  • Filem aksi Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara sejak 7 Mei, menampilkan barisan pelakon popular seperti Mierul Aiman dan Zul Ariffin.

Pengarah filem Tarung: Unforgiven, Razaisyam Rashid memuji komitmen luar biasa pelakon Mierul Aiman yang disifatkan sangat menjaga kualiti lakonan sepanjang berada di set penggambaran.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Razaisyam berkata Mierul sanggup mengulang babak sekiranya dia sendiri merasakan emosi watak tidak sampai seperti yang diinginkan.

 

 “Ramai orang puji lakonan Mierul Aiman, tapi sebenarnya dekat set dia memang sangat jaga kualiti lakonan dia.

 

“Kalau dia tak rasa apa yang Hatta rasa dalam scene itu, dia sendiri yang cut dan repeat balik,” tulisnya.

Menurut Razaisyam, kesungguhan pelakon tersebut menjadi antara faktor utama watak Hatta berjaya meninggalkan impak kepada penonton.

“Memang Mierul bagi all out untuk watak Hatta ini. Sebab itu korang kena layan sendiri apa yang dia hadiahkan untuk sinema kita,” katanya.

Perkongsian tersebut turut disertakan dengan video memaparkan Mierul sedang menangis dalam satu babak sebelum meminta adegan tersebut diulang semula kerana merasakan emosi yang dibawa masih belum cukup kuat.

Tindakan pelakon itu mengundang pujian ramai netizen yang kagum dengan disiplin serta dedikasinya terhadap dunia lakonan.

Rata-rata penonton turut menyifatkan watak Hatta sebagai antara persembahan terbaik Mierul setakat ini.

Filem aksi Tarung: Unforgiven yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ mengangkat naratif berani dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Karya arahan Razaisyam Rashid itu diterbitkan oleh ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw.

Selain jalan cerita sarat emosi hasil tulisan bersama Amar Amir, filem tersebut dibintangi Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Tarung: Unforgiven kini ditayangkan di 148 pawagam seluruh negara bermula 7 Mei lalu.

 

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement