Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Gembira Akhirnya Dapat Beraya Dengan Hawra Uqaira - “Terima Kasih Ibu Siapkan Baju Kurung Lawo”

Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli berkongsi kegembiraan menyambut Aidilfitri bersama anaknya, Hawra Uqaira, melalui beberapa foto di Threads.
  • Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada bekas isteri, Uqasha Senrose, yang menyediakan baju kurung cantik untuk Hawra.
  • Kamal dan Uqasha bercerai awal tahun ini selepas berkahwin pada 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada April 2024.

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa menyambut hari raya Aidilfitir bersama anaknya, Hawra Uqaira.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal dilihat memuat naik beberapa foto memaparkan momen gembiranya bersama Hawra sambil menitipkan ucapan hari raya buat semua pengikutnya.

Dalam masa yang sama, Kamal turut menzahirkan ucapan penghargaan buat bekas isteri yang juga pelakon, Uqasha Senrose kerana telah mengenakan sepasang baju kurung yang cantik buat Hawra.

“Selamat hari raya Aidilfitri rakyat (warga Threads) dari ayah dan Hawra Uqaira. Maaf zahir dan batin.

“Alhamdulillah yeay. Thank you so much ibu siapkan baju kurung lawo. Saya happy, rakyat happy tak,” kongsi Kamal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa gembira melihat Kamal yang dapat menyambut Aidilfitri dan meluangkan masa bersama Hawra.

Sebelum ini, Kamal meluahkan rasa rindu terhadap Hawra kerana tidak berpeluang untuk menyambut raya pertama tahun ini bersama anak tersayangnya itu.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

Kurta Patih Kosong Relaxed Fit

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement