Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Jelaskan Status Isu Idah, Minta Netizen Jangan Keruhkan Keadaan - “Sumpah Saya Tak Point Mana-Mana Pihak”

Astro Gempak 165

Sekilas

  • Kamal Adli menjelaskan bahawa status mengenai iddah yang dimuat naiknya bukan ditujukan kepada mana-mana pihak dan hanya untuk berkongsi perasaan peribadi.
  • Pelakon itu meminta netizen agar tidak bergaduh atau mengungkit isu tersebut dan mengajak semua untuk mendoakan anak Amyza Aznan yang sedang berjuang.
  • Kamal turut menegaskan dia menjaga batas sepanjang tempoh iddah dan hanya fokus kepada anaknya tanpa cuba rapat dengan perempuan lain.
Advertisement

Pelakon Kamal Adli tampil menjelaskan mengenai status yang dimuat naiknya berkaitan idah sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal menegaskan kenyataannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

Advertisement

“Salam rakyat. Gais posting saya pasal isu iddah tu, saya sumpah demi Allah tak ‘point’ mana-mana pihak. Itu hanya untuk saya dan saya sangat-sangat nak kongsi dengan korang, kalau tak saya jadi bengong pendam.

“Tolong jangan gaduh atau ungkit sampai jadi tak best. Baik kita sama-sama fokus untuk anak akak Amyza Aznan yang tengah berjuang tu okay? Sama-sama doa pada Allah untuk anaknya. Boleh? Korang semua comel kan,” tulisnya.

vdvdvd

Sebelum ini, Kamal ada memuat naik status menyentuh tentang menjaga batas sepanjang tempoh tertentu termasuk ketika bekerja.

Advertisement

“Dalam tempoh sekarang ini memang kena jaga semua benda kan? Malah dalam kerja kan? Walaupun satu pihak dalam iddah. Sehabis baik menjaga semua. Buat lawak, buat gembira.

“Tak cuba nak rapat-rapat dengan mana-mana perempuan walaupun bukan waktu kerja. Yang ada cuma anak saja dan bukan nak gedik-gedik dekat mana-mana tempat.

“Rakyat, terima kasih selalu teman saya. Allah rahmati semua orang. Saya sumpah korang semua kaya raya dan bahagia. Saya sangat sayangkan Hawra,” tulisnya lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

888.CO Unisex Adult The Best Ever Round Neck Plain Microfiber T-Shirt Jersey T Shirt (Anti-Bacteria) Mixed Color 1

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

[WONDERNAIL] Totoro and Friends Set

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

Men's Safety Boots - Man's Shoes Safety Boots Outdoor Tracking Adventure - Feet Walks

Must Watch Video

Advertisement