Sekilas
- Pelakon Kamal Adli berkongsi foto mesra bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira, yang sedang tidur lena di pangkuannya.
- Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang sebak melihat momen tersebut, terutama selepas ujian rumah tangga Kamal dan Uqasha Senrose.
- Ramai juga perasan perubahan fizikal Kamal yang kelihatan lebih kurus sejak kebelakangan ini.
Pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sekeping foto bersama anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Menerusi perkongsian di Instagram, Kamal dilihat memangku dan memeluk Hawra yang sedang lena tidur.
“Alhamdulillah Hawra ku,” tulis Kamal.
Perkongsian itu nyata mengundang reaksi pelbagai daripada netizen yang rata-rata meluahkan rasa sebak melihat momen berkenaan, apatah lagi selepas pelbagai ujian yang melanda rumah tangga pelakon tersebut.
“Alhamdulillah sebak pula tengok gambar ni.
“Alhamdulillah terbaik Uqasha, walaupun macam-macam ujian tetap tak halang Kamal untuk jumpa anak.
“Alhamdulillah akhirnya dapat jumpa,” komen beberapa netizen.
Selain itu, ramai juga yang meninggalkan komen mengenai perubahan fizikal Kamal yang dilihat semakin susut dan kurus berbanding sebelum ini.
“Awat jadi kurus sangat, apa yang jadi boleh jadikan pengajaran.
“Nampak susut badan. Happy Uqaira dapat jumpa papa dia.
“Ya Allah nampak kurus sangat awak,” komen beberapa pengguna lagi.
Untuk rekod, isteri Kamal, Uqasha Senrose, telah memfailkan permohonan cerai terhadap pelakon itu pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Sumber: Instagram