Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Maafkan Uqasha Senrose, Mahu Selesai Isu Tarikh Nikah Secara Privasi

Kamal Adli

Peguam yang mewakili pelakon Kamal Adli, Hadi Saleh enggan mengulas lanjut mengenai isu kekeliruan tarikh dan waktu nikah yang seperti yang didakwa Uqasha Senrose.

Jelas Hadi, mereka merasakan isu tersebut bersifat peribadi dan melibatkan hal keluarga yang seharusnya diselesaikan secara tertutup

Advertisement

"Yang itu (isu tarikh nikah) saya tak nak komen apa-apa sebab kita cuba selesaikan perkara itu secara dalaman sebab benda berkaitan keluarga.Setakat ini kita dah buat surat penjelasan kepada pihak peguam dia, menceritakan tentang situasi.

"Jadi, kita tak ada hasrat untuk berkongsi di sini dan harap benda itu dihentikan serta dibahaskan. Cukup setakat itu saja," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Kamal juga memaafkan isterinya atas kenyataan yang dibuat mengenai isu berkenaan.

"Itu isteri saya walaupun kami tak jumpa tapi saya sebagia suami, saya maafkan. Ada khilaf juga daripada saya sebenarnya. Itu maksudnya, benda itu bukan salah dia.

"Dia terkejut, ada benda yang kami perlu selesaikan bersama keluarga. Jadi, saya minta maaf sekali lagi untuk semua orang," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Uqasha membangkitkan isu mengenai kekeliruan tarikh dan waktu pernikahannya dengan Kamal selepas pulang dari mahkamah.

Sebelum ini, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan selepas tersebar spekulasi yang mendakwa rumah tangga mereka di ambang kehancuran pada April lalu.

Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 4 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.

Must-Watch Video

Advertisement