Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Muncul Dalam Iklan Pak Mat Western, Ramai Menangis Tengok Lakonan - “Kesian Pula Tengok…”

fvdfv

Sekilas

  • Kamal Adli menarik perhatian ramai selepas muncul dalam video promosi produk makanan sejuk beku Pak Mat Western di TikTok.
  • Video tersebut menunjukkan Kamal sebagai individu yang suka membantu orang, dan di akhir video dia mempromosikan produk Pak Mat Western.
  • Isu rumah tangga Kamal dan Uqasha Senrose menjadi perhatian selepas permohonan cerai difailkan, dengan perbincangan di JAWI dijadualkan pada 18 Disember.

Pelakon, Kamal Adli, berjaya menarik perhatian ramai selepas kemunculannya dalam sebuah video promosi perniagaan makanan sejuk beku, Pak Mat Western.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, Kamal Adli dilihat melakonkan watak sebagai seorang individu yang sering menghulurkan bantuan kepada orang lain yang ditimpa kesusahan.

Namun, di akhir video, Kamal Adli kemudiannya mempromosikan salah satu produk keluaran Pak Mat Western.

Menjengah ke ruangan komen rata-ratanya penonton meluahkan rasa simpati terhadap pelakon drama Sha & Shah itu, apatah lagi setelah mengetahui situasi peribadinya yang sedang berdepan isu rumah tangga.

"Setiap kali lelaki teraniaya, Pak Mat Western jadi penyelamatnya.

“Sedih tengok muka Kamal. Banyak sangat benda dia pendam selama ini.

“Kesian pula tengok muka Kamal ini, moga rezeki dia melimpah.

“Lepas ini saya mesti beli Pak Mat Western sebab dia tolong Kamal Adli, nangis tengok muka Kamal Adli di sini.

“Aduh, kenapa aku menangis tengok Kamal... Aku tidak boleh la, budin kena macam ini. Aku dah la minat mereka berdua. Moga Kamal dan Qasha berkekalan hingga jannah!,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, isu rumah tangga Kamal Adli dan isterinya, pelakon Uqasha Senrose, mula menjadi perhatian umum selepas Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu.

Terbaharu, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan bahawa kedua-dua pihak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi sesi perbincangan sebelum prosiding seterusnya pada 18 Disember depan.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

 

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement