Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Terharu Ramai Netizen Bantu Pujuk Isteri - “Korang Memang Sweet”

Kamal Adli

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila melihat warganet membantunya untuk memujuk isterinya, Uqasha Senrose.

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Kamal sangat menghargai usaha netizen yang meninggalkan komen berbentuk nasihat dan kata-kata memujuk di laman sosial milik Uqasha.

“Netizen, korang memang sweet. Jumpa mana-mana kita selfie,” kata Kamal ringkas. 




Terdahulu, Kamal telah meminta netizen untuk tidak memberikan kata-kata negatif kepada Uqasha sebaliknya memberikan komen yang positif dan cuba untuk memujuk dengan spam di ruangan  komen media sosial isterinya itu.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu mula menjadi perhatian selepas dikatakan bergolak sejak April lalu namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga.

Advertisement

Untuk rekod, Uqasha dan Kamal disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira.

Must-Watch Video

Advertisement