Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Titip Ucapan Hari Jadi Buat Uqasha Senrose - “Semoga Diberi Kebahagiaan Selalu…”

Astro Gempak 250

Sekilas

  • Kamal Adli berkongsi ucapan hari jadi buat bekas isteri, Uqasha Senrose, di Threads dengan mendoakan kebahagiaan dan kesihatan untuknya.
  • Dia turut mengajak orang ramai mendoakan dan mengucapkan selamat hari jadi kepada Uqasha sebagai tanda sokongan.
  • Kamal dan Uqasha berkahwin pada 2021 dan bercerai pada Januari lalu, dan mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Hawra Uqaira.
Advertisement

Walaupun rumah tangga mereka sudah berakhir, pelakon Kamal Adli mencuri perhatian ramai apabila menitipkan ucapan hari jadi  buat bekas isterinya, pelakon Uqasha Senrose.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal mendoakan agar Uqasha sentiasa dikurniakan kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang melimpah selain terus menjadi ibu terbaik buat anak mereka.

Advertisement

“Happy birthday untuk cik Uqasha Senrose a.k.a ibu Hawra Uqaira.

“Semoga dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki, dikayakan rezeki dan diberi kebahagiaan selalu oleh Allah.

“Semoga menjadi ibu terbaik tau. Rakyat, tolong aminkan dan ucapkan selamat hari jadi sekali kalau sudi,” tulisnya.

dvf

Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai yang memuji kematangan Kamal dalam mengekalkan hubungan baik demi anak mereka meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 sebelum sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement