Sekilas
- Pelakon Uqasha Senrose enggan mengulas ucapan ulang tahun yang dikirim oleh bekas suaminya, Kamal Adli, dan menganggap ia sebagai tanda ingatan daripadanya.
- Uqasha menyatakan dia tidak tahu tentang hantaran tersebut dan memilih untuk tidak memberi komen lanjut mengenai perkara itu.
- Dia juga bersyukur dengan kehidupannya sekarang yang lebih baik dan sibuk menguruskan anak mereka selepas melalui fasa ujian rumah tangga.
Pelakon Uqasha Senrose, enggan memberikan sebarang ulasan mengenai ucapan yang dititipkan oleh bekas suaminya, Kamal Adli sempena ulang tahun kelahirannya Julai lalu.
Sebaliknya kata Uqasha nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, dia menganggap perkara itu sebagai tanda ingatan Kamal buat dirinya.
“Saya pun tak tahu yang dia post macam tu, apa yang dia post, apa yang dia kongsi itu semua adalah diri dia.
“Saya tak nak cakap apa-apa, saya tak nak komen apa-apa. Kalau dia wish itu adalah atas ingatan dia pada saya, itu sahaja,” katanya.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama terbaharu iQIYI Original berjudul Madu atau Racun bertempat di A Quit Place, Bukit Bintang.
Sementara itu, ketika diminta untuk mengulas mengenai dirinya, Uqasha berkata dia bersyukur kerana kehidupannya kini semakin baik selepas melalui fasa ujian rumah tangga.
“Alhamdulillah, biasalah dalam kehidupan ini ada masanya kita tenang, ada masanya rasa macam susah.
“Begitulah, kehidupan tak selalunya tenang. Saya okay, sekarang pun sibuk dengan anak,” ujarnya.
Terdahulu pada Julai, pelakon, Kamal Adli, menitipkan ucapan hari lahir buat bekas isterinya itu menerusi hantaran di Threads.
Menerusi perkongsian tersebut, Kamal mendoakan agar Uqasha dikurniakan kesihatan , kebahagiaan dan rezeki melimpah dalam menjaga anak mereka, Hawra Uqaira.