Skip to main content

Hiburan

Kamal Titip Pesanan Kepada Pihak Cuba Rapat Dengan Uqasha Senrose - “Dia Masih Isteri Yang Sah, Saya Wujud Lagi Ni”

gfg

Sekilas

  • Kamal Adli menegaskan bahawa dia dan Uqasha Senrose masih suami isteri yang sah mengikut hukum Islam.
  • Kamal memberi amaran kepada sesiapa yang cuba rapat dengan isterinya supaya menghormati status perkahwinan mereka.
  • Uqasha menafikan sebarang campur tangan pihak ketiga dan menegaskan dia sentiasa bersama keluarga dan anak.

Pelakon Kamal Adli sempat menitipkan pesanan kepada pihak yang sedang mencuba untuk rapat dengan isterinya iaitu aktres Uqasha Senrose.

Kamal memberitahu status dia dan Uqasha masih suami isteri yang sah mengikut hukum Islam.

“Saya sebagai suami, saya hanya nak pesan bukan orang luar la, bukan keluarga dia, tapi untuk orang yang cuba rapat dengan isteri saya ke… just ingat ya, Uqasha itu masih lagi isteri orang yang sah ya, saya pula masih suami yang sah, wujud lagi ini.

“Jadi faham ya, dari segi hukum apa semua. Tak kisah siapa pun. Saya bukan cakap fasal keluarga dia,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun pelakon berusia 39 tahun ini menafikan terdapat gangguan daripada pihak ketiga.

“Eh tak, bukan (orang ketiga). Tak ada. Saya tak cakap macam tu. Saya hanya nak pesan, beritahu  benda ni pentinglah dari segi hukum. Dan masih lagi suami dan isteri yang sah. Itu saja, tak cakap apa pun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uqasha menegaskan tiada mana-mana pihak luar yang terlibat seperti yang didakwa malah dia memberitahu dirinya sentiasa bersama keluarga dan anak.

“Fasal orang luar tu… sesiapa yang mengikuti saya nampak yang saya hanya bersama keluarga saya sahaja dan anak. Siapa yang ada dengan kawan-kawan? Siapa yang bawa kawan-kawan berjumpa dengan anak? Mana keluarga-keluarga dia?” ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement