Skip to main content

Viral

"Kami Berempat Bersedia Disaman, Dipenjara Atau Apa Saja..." - Puteri Balqis

balqis_saman

Sekilas

  • Puteri Balqis dan keluarganya mungkin akan disaman berikutan kontroversi melibatkan rakan selebriti, menurut mesej yang diterima melalui WhatsApp.
  • Mereka bersedia menghadapi sebarang tindakan undang-undang termasuk saman dan penjara, serta akan bersama-sama menempuh cabaran tersebut tanpa berganjak.
  • Puteri Balqis mendakwa ibunya pernah dihina dan dibuli oleh Mia Sarah Nasuha serta mengalami kesan negatif terhadap kesihatan mental akibat insiden tersebut.

Pelakon Puteri Balqis mendakwa dia dan keluarga berkemungkinan berdepan tindakan saman akibat kontroversi membabitkan rakan selebriti.

Menerusi perkongsian Instagram Story (IGS), Puteri Balqis mendakwa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp yang antara lain menyebut tindakan undang-undang mungkin diambil terhadap mereka.

"Melalui WhatsApp yang diterima, kami mungkin bakal disaman kerana kami tidak mempunyai bukti mencukupi.

"Kami berempat bersedia. Bersedia untuk disaman, dipenjara atau apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku," tulisnya.

Difahamkan istilah 'kami' merujuk kepada dirinya bersama ibu, bapa tiri serta tunangnya.

Pada masa sama, Puteri Balqis atau Aqish menegaskan dia dan keluarga bersedia berdepan masalah itu secara bersama, walau apa jua tindakan yang perlu dihadapi.

"Tapi kami tidak akan berganjak sedikit pun dari apa yang kami katakan.

"Untuk kali ini, tidak akan ada seorang pun dari keluarga kami yang membenarkan ibu disaman atau digari seorang diri. Kami berempat akan sama-sama tempuh," tegasnya.

Sebelum ini, Puteri Balqis mendakwa Mia Sarah Nasuha, 21, pernah mengaib serta menghina ibunya, Norashikin Abdul Aziz, sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental ibunya itu.

Aqish turut mendakwa wujud insiden membabitkan perbuatan membuli di set penggambaran beberapa tahun lalu selain berkongsi pernah diketepikan ketika ingin bergambar bersama peminat kerana dianggap kurang dikenali ketika itu.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Malaysia Gold Wafer Coin

Must-Watch Video

Advertisement