Pelakon, Edika Yusof mencuri perhatian apabila memuat naik perkongsian mengenai pengorbanan ibu bapa terhadap anak.
Menerusi hantaran tersebut di Instagram Story, Edika berkongsi swafoto sambil meluahkan rasa terkilan tentang sikap anak yang seolah-olah melupakan pengorbanan ibu bapa.
Advertisement
“Kami ini ibu bapa. Kami membesarkan kamu dengan darah daging sendiri, berdiri bersama setiap pengorbanan, dan memberi segala yang kami mampu.
“Namun, kamu pergi tanpa sepatah kata, meninggalkan hormat dan rasa syukur.
“Suatu hari nanti, mungkin kamu akan memahami beratnya hati seorang ibu bapa apabila anak yang diberi segalanya berpaling,” tulisnya.
Luahan itu bagaimanapun menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat kerana tidak dapat dipastikan sama ada ia ditujukan kepada individu tertentu ataupun sekadar pandangan umum.