Skip to main content

Hiburan

"Kami Dah Hadap 30 Tahun..." - Pengurus Siti Nurhaliza

"Kami Dah Hadap 30 Tahun..." - Pengurus Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Rozi Abd Razak, pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui sudah biasa dengan gangguan dan komen negatif sejak hampir 30 tahun lalu.
  • Dia menjelaskan bahawa individu yang memberi komen negatif sering muncul dengan akaun berbeza dan tidak pernah berhenti mengganggu.
  • Rozi dan Siti memilih untuk tidak melayan atau memberi reaksi terhadap komen-komen tersebut, sebaliknya hanya memerhati sahaja.
Advertisement

Pengurus Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abd Razak mengakui sudah terbiasa berdepan pelbagai bentuk gangguan atau 'hate comment' daripada segelintir pihak.

Menurut Rozi, tindakan yang dilakukan oleh pihak terbabit bukan sesuatu yang baharu, malah perkara tersebut sudah dihadapi mereka sejak kira-kira tiga dekad lalu.

Advertisement

“Tu sebahagian je, dia akan jelma dan berselindung di sebalik akaun lain pula nanti.

“Orang yang ada masalah hati ni, dia tak putus-putus buat kerja,” katanya.

Jelas Rozi, dia bersama Siti sentiasa memilih untuk tidak melayan atau memberikan reaksi secara terbuka terhadap komen-komen yang diberikan oleh segelintir individu.

Menurut Rozi, mereka sudah lali dengan perkara ini sejak mula-mula masuk dalam industri hiburan.

“Saya dan Siti Nurhaliza dah hadap ni 30 tahun. Kami diamkan dan perhati je. Sebab tulah geng-geng ni tak pernah berhenti,” ujarnya.

Rozi berkata demikian selepas membalas komen seorang individu di Threads. 



 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement