Sekilas
- Pelawak dan usahawan Shuib berkongsi rasa rindu terhadap suara arwah isterinya, Siti Sarah, menerusi hantaran di Threads.
- Shuib memuat naik video menyanyikan lagu Senja Nan Merah bersama arwah pada awal PKP 2020 yang mendapat perhatian warganet.
- Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang turut merindui dan mengenang pemergian Siti Sarah.
Pelawak dan usahawan, Shuib menyorot perhatian warganet selepas meluahkan rasa rindu untuk mendengar suara arwah isterinya, Siti Sarah.
Menerusi hantaran di Threads, Shuib berkongsi momennya menyanyikan lagu Senja Nan Merah nyanyian asal Datuk Awie dan Ziana Zain bersama arwah.
"Rindu suara ni Siti Sarah Raissuddin. 19 march 2020, korang katmana,buat apa? Masa ni baru start PKP," tulisnya.
Perkongsian berkenaan ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang turut mengakui masih merindui sosok dan suara arwah Siti Sarah.
"Terima kasih Shuib utk video ni, rinduu dengar suara Arwah..Al-fatihah🤗
"Sakitnya rindu... Sesak dada.. Bayangkan pon xblh tahan, ape lg yg hadap.
"Rindu sangattttt dgn Siti Sarah. 🥺
"Sampai skrg masih terasa dgn pemergian arwah..auto mengalir air mate..🥺
"MashaAllah.. rindunya suara dia, rindu bebelan dia. Walaupun aku ni bukan sesiapa tapi sukaa betul tgok gelagat arwah.
"Kami pun rindu bang. Tiap kali karok Kesetiaan tu wajib. Aku terpaling tersakiti everytime," komen netizen.