Skip to main content

Hiburan

“Kami Tak Buat Jahat & Dengki Dengan Sesiapa, Hidup Bukan Untuk...” – Tak Baca Komen Negatif, Amira Othman Nak Hidup Aman Sahaja Bersama Fattah Amin

hjkhkk

Sejak mendirikan rumah tangga, setiap gerak-geri pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman sering menjadi perhatian ramai di media sosial.

Namun di sebalik pelbagai komen yang diterima, ada yang positif, ada juga yang sebaliknya.

Advertisement

Amira bagaimanapun memilih untuk tidak melayan atau membaca komen negatif terhadap mereka.

“Kami tak baca komen negatif di media sosial. Bagi saya, itu pendapat masing-masing dan tak semua orang akan suka.

“Apa yang penting, kami tak buat jahat dengan sesiapa dan tak dengki dengan orang lain.

“Malah kami doakan supaya mereka yang tak gembira akan turut diberi kebahagiaan. Kami tak terlalu ambil pusing tentang komen luar sebab kami hanya mahu hidup dengan aman dan damai,” katanya.

Tambah pelantun lagu Hati-Hati itu, kehidupannya kini lebih tertumpu kepada keluarga dan perjalanan baru sebagai isteri.

“Hidup ini bukan untuk puaskan hati manusia. Kami ada urusan lain, dan kami ingin hidup tenang tanpa perlu melayan perkara yang tak perlu,” ujarnya.

Pasangan itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis resepsi ketiga mereka yang berlangsung di Pusat Konvensyen Melawati, Kuala Lumpur, pada malam Ahad.

Sementara itu, Fattah turut mengulas mengenai perkahwinan mereka yang dilabel sebagai ‘wedding of the year’ oleh warganet.

“Kami gembira apabila orang cakap begitu. Sebenarnya kami hanya mahu berikan yang terbaik untuk keluarga dan tetamu yang hadir. Harap semua orang gembira,” katanya.

Fattah turut memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan satu lagi majlis resepsi khas bagi meraikan para peminat sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang tidak pernah putus.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Walaupun agak penat kerana majlis diadakan berturut-turut, tapi sebenarnya rasa lebih seronok daripada letih,” ujarnya.

Majlis resepsi di Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Aina Abdul serta penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat diijabkabulkan pada 14 September lalu dalam majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort di Sepang, sebelum meneruskan majlis resepsi pertama mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor minggu sebelumnya.

Must-Watch Video

Advertisement