Skip to main content

Hiburan

Kanak-kanak 12 Tahun Nyaris Dilacurkan Jiran Sendiri

Astrogempak PELACUR

Sekilas

  • Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu hampir dilacurkan oleh pasangan suami isteri yang merupakan jirannya di Desa Gunung Terang, Sumatera Selatan.
  • Pasangan itu menculik mangsa dengan memperdaya dan membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah penginapan sebelum pihak berkuasa menyelamatkannya.
  • Pihak polis berjaya merampas barang bukti dan mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut selepas laporan dibuat oleh keluarga.

Seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu nyaris dilacurkan pasangan suami isteri yang tergamak menculiknya.

Perbuatan mereka dibongkarkan oleh Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Satreskrim Polres OKU Selatan setelah mangsa dilarikan pasangan itu yang merupakan jirannya.

Kejadian itu berlaku di Desa Gunung Terang, Kecamatan Buay Sandang Aji, Kabupaten Ogan Komering Ulu (OKU) Selatan, Sumatera Selatan di Indonesia pada minggu lalu.

Mangsa yang sedang bermain seorang diri didatangi pelaku wanita dikenali sebagai MF, 25.

Dia memperdaya mangsa yang setuju untuk mengikutnya bertemu dengan suspek lelaki dikenali sebagai A, 41.

Menurut pihak berkuasa, pasangan itu turut meminta mangsa masuk ke dalam karung sebelum dibawa ke sebuah penginapan di kawasan Pasar Muaradua.

Kanit PPA Satreskrim Polres OKU Selatan, IPDA Devi Sulastri berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pelaku merancang untuk melacurkan kanak-kanak itu.

Dia bernasib baik ditemui segera oleh pihak berkuasa selepas ahli keluarganya membuat laporan tentang kehilangannya.

Pihak berkuasa berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu dan merampas sejumlah barang bukti untuk membantu siasatan.

Mangsa pula dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement