Skip to main content

Hiburan

Karthi Puji Filem Banduan Lakonan Aaron Aziz - “Penerbitan Filem Ini Benar-Benar…”

Karthik Sivakumar

Pelakon popular India, Karthik Sivakumar meluahkan rasa kagum selepas menonton filem Banduan lakonan Datuk Aaron Aziz yang merupakan filem adaptasi Khaiti yang dipopularkan olehnya. 

Menurut Karthi, dia sangat teruja dan berbangga melihat hasil kerja produksi tempatan yang mampu mengekalkan kekuatan emosi dan intensiti yang dimiliki oleh versi asal.

Advertisement

“Saya sangat teruja selepas menonton filem ini, tahniah kepada semua pelakon di sini. 

“Semua orang telah melakukannya dengan sangat baik. Pembuatan dan penerbitan filem ini benar-benar berjaya menggabungkan pelbagai emosi. Apabila saya menonton filem ini, saya rasa segar semula. Semua tindakan dan emosi yang dilakonkan terasa sangat tulen,” katanya. 

Karthi turut memuji usaha para pelakon serta kru produksi yang berjaya memberikan persembahan terbaik sehingga menghasilkan karya yang berkualiti tinggi.

“Saya sangat gembira kerana dapat menyaksikan kejayaan mereka dalam menampilkan persembahan asal yang begitu hebat. Muzik, penyuntingan dan segalanya memang terbaik. Tahniah kepada semua,” katanya mengakhiri ucapan.

Filem Banduan terbitan Astro Shaw dan produksi Number Twenty One Media, bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 6 November ini.

Filem aksi ini diinspirasikan daripada filem pecah panggung India iaitu Kaithi dan dibawah arahan Kroll Azry.

Banduan menampilkan pelakon-pelakon hebat antaranya, Datuk Aaron Azin, Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan.

Must-Watch Video

Advertisement