Skip to main content

Hiburan

“Kasut Emas Lagi Selepas…” - Syifa Melvin Bangga Atas Kejayaan Safawi Rasid Rangkul Anugerah Penjaring Terbanyak

Syifa Melvin

Sekilas

  • Safawi Rashid dinobatkan Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan) musim 2025-2026 dengan 13 gol, membawa kejayaan besar kepada Kuala Lumpur City FC.
  • Isterinya, Syifa Melvin, berkongsi kegembiraan di Instagram dan menyatakan kejayaan ini lebih bermakna dengan kehadiran dua anak mereka sebagai sumber semangat.
  • Safawi juga pernah memenangi anugerah Penyerang Tempatan Terbaik dan Pemain Tengah Terbaik sebelum ini, serta penjaring terbanyak Piala AFF 2020.
Advertisement

Isteri kepada Safawi Rashid iaitu Syifa Melvin berkongsi kegembiraan apabila suaminya yang juga penyerang Kuala Lumpur City FC, merangkul Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan) pada Liga M Awards 2025-2026. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Instagram, Syifa yang juga seorang pempengaruh di media sosial berkata kejayaan suaminya kali ini lebih bermakna dengan kehadiran dua anak mereka. 

 

“Tahniah suamiku, kasut emas lagi selepas enam tahun. Kali ini lebih bermakna selepas ada punca semangat iaitu anak-anak. 

Advertisement

 

“This is for them, promise us more to come Dadda,” kongsi Syifa. 

 

Untuk info, Safawi muncul pemenang bagi kategori Penyerang Tempatan Terbaik selepas meledak 13 gol sepanjang musim. 

 

Jumlah berkenaan cukup untuk meletakkan Safawi sebagai penyerang tempatan paling menyerlah dalam saingan Liga Super musim ini, sekali gus memberikan pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada KL City. 

 

Safawi juga meluahkan rasa syukur di Instagram dengan memuat naik foto anugerah yang diraih di samping dua cahaya mata mereka. 

 

"Still GOLD, top scorer#ligaMAwards #alhamdulillah," kongsinya. 

 

Pada 2022 Safawi muncul penjaring terbanyak Piala AFF 2020. 

 

Safawi atau nama penuhnya Muhammad Safawi Rasid dinobatkan Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020 (ABK20). 

 

Sekadar info, Safawi dan Syifa ini mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Saif Sulaiman, 3, serta Indah Suci Suleima, lapan bulan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Jersey Women Red JZ5756

adidas Football Spain 26 Home Jersey Women Red JZ5756

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

Stoned World Cup Series : Argentina

Stoned World Cup Series : Argentina

Football Japan 26 Home Shorts Men White JN1868

Football Japan 26 Home Shorts Men White JN1868

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Puma Unisex Adults Orbita Ply Lights Football (Yell-Mulcolor) - Sports Direct Size 5

Puma Unisex Adults Orbita Ply Lights Football (Yell-Mulcolor) - Sports Direct Size 5

Must Watch Video

Advertisement