Sekilas
- Kate Winslet mendedahkan pengalaman pertama bercium dengan rakan perempuan semasa beranjak remaja sebagai satu bentuk rasa ingin tahu.
- Pengalaman itu dikongsikan ketika membincangkan wataknya dalam filem Heavenly Creatures yang ditayangkan pada 1994.
- Winslet menjelaskan dia juga bercium dengan lelaki pada masa sama dan akhirnya mendapati pengalaman bercium sesama jenis bukan sesuatu yang disukainya.
Aktres Kate Winslet mendedahkan kisah yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini tentang bagaimana dia berasa dirinya sudah masuk ke alam remaja.
Pesohor Hollywood itu mengatakan dirinya beranjak remaja dengan bercium sesama jenis. Dan katanya lagi, pengalaman pertama dia bercium ghairah adalah dengan rakan perempuan.
Winslet mendedahkan rahsia tersebut sewaktu membincangkan tentang wataknya dala filem Heavenly Creatures yang dibintangi bersama pelakon Melanie Lynskey.
Menerusi filem yang ditayangkan pada tahun 1994, mereka menjadi sahabat wanita yang terobsesi di antara satu sama lain dan pengalaman bercium dengan perempuan sebelum ini banyak membantu.
“Saya mahu berkongsi sesuatu yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini. Antara pengalaman awal saya menjadi remaja adalah bercium dengan wanita.
“Saya bercium dengan beberapa gadis. Pada masa sama, saya juga bercium dengan beberapa lelaki,” akuinya seperti dilaporkan People.
Menurut bintang Titanic itu, tindakan tersebut dilakukan kerana naluri ingin tahu ‘apa’ dan ‘bagaimana’ rasa bercium dengan lawan sejenis.
“Pada waktu itu saya punya rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Saya mahu tahu adakah rasa bercium sesama jenis sangat sukar dan akhirnya saya menemui jawapan.
“Saya tidak menyukainya dan berasa segala perasaan ingin tahu sudah terjawab,” ujar Winslet.