Skip to main content

Hiburan

Katy Perry Anggap Justin Trudeau ‘Cinta Sejati’, Tampil Bersama Di Acara Karpet Merah

TB Justin Trudeau Katy Perry AP

Sekilas

  • Katy Perry anggap bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, sebagai cinta sejatinya selepas mereka buat penampilan sulung bersama di karpet merah New York City.
  • Perry kongsi bahawa hubungan terbaharunya beri kestabilan dan kebahagiaan dalam hidupnya, terutama selepas tempoh sukar berakhirnya pertunangan dengan Orlando Bloom.
  • Pada usia 41 tahun, Katy Perry akui dirinya kini lebih stabil dan fokus menyalurkan emosi kepada kreativiti serta menerima fasa kehidupan 40-an dengan positif.

Penyanyi terkenal, Katy Perry menyifatkan bekas Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sebagai “cinta dalam hidupnya” selepas pasangan itu membuat penampilan sulung di karpet merah.

Pelantun lagu Firework itu hadir bersama Trudeau ke tayangan perdana filem konsert terbaharunya, Katy Perry: The Lifetimes Tour di New York City pada 8 Jun lalu.

Perry, yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Russell Brand dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun, Daisy, hasil hubungan dengan bekas tunangnya Orlando Bloom, meluahkan kebahagiaan terhadap hubungan terbaharunya itu, yang disifatkan sebagai membawa kestabilan dalam hidupnya.

“Saya sangat jatuh cinta. Malah, persembahan itu berlangsung selepas saya bertemu cinta hidup saya, jadi saya berasa lebih berpijak pada realiti.

“Saya ini seperti layang-layang pelangi - terbang tinggi, menyentuh alam semesta, dan kadangkala saya perlukan tempat berpaut. Kini, memiliki tempat berpaut itu membuatkan saya rasa lebih lengkap,” katanya.

Pada usia 41 tahun, Perry mengakui kehidupannya kini berada pada tahap yang membahagiakan.

“Setiap hari adalah perjalanan yang menakjubkan dan peluang untuk berkembang, menjadi insan lebih baik serta menjadi contoh kepada komuniti, keluarga dan dunia.

“Saya rasa lebih stabil dalam banyak aspek kehidupan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Perry turut mengimbas tahun 2025 sebagai antara tempoh paling mencabar dalam hidupnya, susulan berakhirnya pertunangan dengan Bloom.

“Saya melalui banyak perkara sukar, dan ada hari yang benar-benar mencabar.

“Namun saya teruskan kerana saya berjanji kepada peminat, kepada anak saya, dan kepada diri sendiri. Akhirnya saya berjaya melaluinya.

“Saya berjalan melalui ‘api’ itu kerana setiap orang perlu melalui cabaran masing-masing. Jika anda berada dalam situasi sukar, teruskan melangkah kerana di sebaliknya pasti ada kebahagiaan,” katanya.

Penyanyi lagu Roar itu turut menyatakan bahawa dirinya kini telah berubah, dan menerima fasa kehidupan pada usia 40-an.

“Saya berbeza sekarang. Usia 20-an adalah untuk emosi, 30-an untuk memahaminya, dan 40-an adalah untuk tidak lagi terlalu memikirkannya, sebaliknya menyalurkan emosi itu kepada sesuatu yang kreatif.

“Kita semua manusia. Kesedihan, kehilangan dan kesakitan tidak memilih siapa - semua orang mengalaminya dengan cara tersendiri,” katanya. 

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must Watch Video

Advertisement