Skip to main content

Hiburan

“Kau Belum Lahir Lagi Kita Dah Layan…” - Jasmine Suraya 'Sound' Netizen Label Peminat Bola Wanita Hanya Sekadar ‘FOMO’

Astro Gempak 279

Sekilas

  • Pelakon Jasmine Suraya menjawab kritikan seorang pengguna Threads yang mendakwa wanita hanya ikut trend minat bola sepak.
  • Jasmine menjelaskan minatnya terhadap bola sepak sudah lama dipupuk sejak kecil bersama arwah bapanya dan pernah menjadi hos Liga Malaysia di TV.
  • Beliau turut menyindir sikap segelintir individu yang cuba mengawal siapa layak minat bola sepak sebagai sesuatu yang memalukan.
Advertisement

Pelakon Jasmine Suraya tampil berkongsi responnya selepas seorang pengguna Threads mempersoalkan golongan wanita yang didakwa sekadar ‘ikut trend’ meminati bola sepak.

Menerusi hantaran yang tular, pengguna terbabit mendakwa ramai wanita hanya berpura-pura meminati sukan berkenaan.

“Banyaknya perempuan fomo acah minat bola. Kalau tanya penjaga gol boleh pegang bola berapa saat pun belum tentu boleh jawab.

“Lagi nak borak FIFA,” tulis individu itu.

c v


Tidak berdiam diri, Jasmine membalas komen tersebut dengan menjelaskan minatnya terhadap bola sepak bukan sesuatu yang baharu, malah sudah dipupuk sejak kecil bersama arwah bapanya.

“Sedikit info ya dik… kau belum lahir lagi kita dah layan bola dengan arwah ayah kita.

“Lepas itu kita pernah hos Liga Malaysia secara langsung dekat TV dan main Football Manager.

“Dik pernah apa ya? Cuba senaraikan sekejap,” katanya.

Pelakon filem Pusaka itu turut menyindir tindakan segelintir individu yang gemar ‘mengawal’ siapa yang layak meminati bola sepak.

“Usah sibuk ‘gatekeep’ orang minat bola macam FIFA lantik awak jadi ketua.

“Memang memalukan,” tulisnya.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

Nike Older Kids' Brasilia JDI Mini Backpack (11L) - Hemp [HV6481-200]

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

adidas Unisex X Speedportal Messi.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GW8387) Sport Planet 55-03

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

adidas Football Official Manchester United Fan Jersey Men Red KR2562

adidas Football Official Manchester United Fan Jersey Men Red KR2562

Sandisk FIFA World Cup 2026 USB-C Flash Drive | 128GB

Sandisk FIFA World Cup 2026 USB-C Flash Drive | 128GB

Must Watch Video

Advertisement