Skip to main content

Selebriti

KE Selebriti 2026: Tiada Penyingkiran, Fazlina Ahmad Daud Tarik Nafas Lega Semua Peserta Mara Ke Pentas Akhir

KE Selebriti 2026: Tiada Penyingkiran, Fazlina Ahmad Daud Tarik Nafas Lega Semua Peserta Mara Ke Pentas Akhir

Sekilas

  • Tiada penyingkiran pada minggu separuh akhir Kilauan Emas Selebriti 2026 apabila semua enam peserta mara ke pentas akhir malam ini.
  • Datuk Jalaluddin Hassan menduduki tempat pertama dan menerima Anugerah Emas Berkilau Of The Week serta menyumbang RM2,000 kepada Shuaib Shaari.
  • Pentas akhir minggu depan bertemakan Selekoh Terakhir dengan dua tugasan untuk menentukan juara, disiarkan secara langsung di Astro Prima setiap Sabtu pukul 9 malam.
Advertisement

Tiada penyingkiran dilakukan pada minggu separuh akhir Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) apabila kesemua enam peserta diumumkan selamat mara ke pentas akhir, malam ini.

Keputusan tersebut diumumkan menerusi segmen Piring Lagu Berbisa (PLB) selepas kesemua peserta selesai melaksanakan cabaran solo dan duet bertemakan Kenangan Mengusik Jiwa.

Advertisement

Datuk Jalaluddin Hassan menduduki tangga pertama menjadi peserta pertama diumumkan mara ke pentas akhir.

Kedudukan kedua pula menjadi milik Datuk A. Tamimi Siregar diikuti Amyza Aznan di tempat ketiga dan Zila Bakarin pada kedudukan keempat.

Rahim Omar menduduki tempat kelima manakala Fazlina Ahmad Daud melengkapkan kedudukan enam peserta pada minggu separuh akhir.

Advertisement

Bagaimanapun, Zila, Rahim dan Fazlina terlebih dahulu melalui detik mendebarkan apabila diumumkan berada dalam kelompok tiga terbawah sebelum kesemua mereka disahkan selamat.

Pada malam sama, Jalaluddin turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau Of The Week dan memilih rakan industri, penyanyi serta pemain dram kumpulan Freedom, Shuaib Shaari untuk menerima sumbangan wang tunai RM2,000.

Menerusi persembahan solo, Zila membawakan Zombie, Rahim mempertaruhkan Kau Pergi Tanpa Pesan manakala Amyza menyampaikan Ingkar Janji.

Jalaluddin pula membawakan Pamit (Selamat Tinggal), Fazlina dengan Laskar Cinta sementara Tamimi mempersembahkan Cinta.

Bagi tugasan duet, Jalaluddin dan Tamimi bergandingan menerusi Jumpa Mesra, Zila bersama Fazlina membawakan Hanya Memuji manakala Rahim dan Amyza menyampaikan Siapa Dia Sebelum Daku.

Malam persembahan turut dimeriahkan dengan kemunculan Shima dan Siti Fairuz menerusi segmen Telan Kaset.

Kilauan Emas Selebriti 2026 dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman dengan Jihan Muse serta Datuk Yusry Abdul Halim sebagai juri tetap, manakala Misha Omar dan Azmi Saat daripada Caliph Buskers tampil sebagai juri jemputan minggu ini.

Sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Pentas akhir minggu hadapan bakal membawa tema Selekoh Terakhir dengan kesemua enam finalis diberikan dua tugasan bagi menentukan juara Kilauan Emas Selebriti 2026.

Program tersebut bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam setiap Sabtu, pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

naelofar nWear Aura Midi Handsocks

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

TEA ROSES MINI SEJADAH by Telekung Tea | Mini Prayer Mat

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

INSTANT SHAWL SULAM CHIFFON TIEBACK

Must Watch Video

Advertisement