Sekilas
- Mubarak Majid selamat untuk minggu pertama Kilauan Emas Selebriti tanpa penyingkiran, manakala Katy Azian dan Maria Tunku Sabri berada di tiga terbawah.
- Datuk A. Tamimi Siregar berjaya mara ke minggu kedua selepas persembahan yang memikat juri, dan Zila Bakarin memenangi Anugerah Emas Berkilau Of The Week.
- Musim ini berlangsung selama tujuh minggu di Auditorium MBSA, Shah Alam, dengan tema Lagu Orang Kita untuk minggu kedua, disiarkan setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima dan platform digital.
Bintang Kilauan Emas Selebriti, Mubarak Majid menarik nafas lega selepas diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu yang pertama.
Keputusan itu diumumkan semasa segmen Piring Lagu Berbisa (PLB).
Turut berada di tangga tiga terbawah ialah Katy Azian dan Maria Tunku Sabri.
Sementara itu, Datuk A. Tamimi Siregar berjaya mencuri hati juri dengan persembahannya dan menjadi bintang pertama yang berjaya melangkah ke minggu kedua.
Anugerah Emas Berkilau Of The Week dimenangi oleh Zila Bakarin dan memberikan wang tunai berjumlah RM2,000 kepada komposer, Rosli Selasih.
Untuk minggu kedua, setiap peserta akan dicabar dengan tema Lagu Orang Kita yang mana popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman.
Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap
Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.
Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.
Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.