Sekilas
- Datuk Ahmad Tamimi Sirega mencuri perhatian juri dengan persembahan lagu "Penantian" dan meraih markah tertinggi 78.29% dalam minggu pertama Kilauan Emas Selebriti 2026.
- Maria Tunku Sabri, Katy Azian dan Mubarak Majid berada di tiga tangga terbawah, namun tiada penyingkiran dilakukan pada minggu pertama.
- Program Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima dan boleh distrim melalui On Demand, Astro GO dan Sooka.
Bintang Kilauan Emas Selebriti (KES2026), Datuk Ahmad Tamimi Sirega berjaya mencuri hati barisan juri menerusi persembahannya.
Menyanyikan lagu Penantian nyanyian asal Zubir Ali, Tamimi berjaya memperoleh markah tertinggi daripada barisan juri sebanyak 78.29 peratus.
Sementara itu, Maria Tunku Sabri, Katy Azian dan Mubarak Majid pula masing-masing berada di tangga tiga terbawah.
Namun, Mubarak Majid mampu menarik nafas lega apabila diumumkan tiada penyingkiran untuk minggu pertama.
Mari kita recap komen untuk semua bintang Kilauan Emas Selebriti minggu pertama:
Zila Bakarin - Joget Sayang Di Sayang
Datuk Yusry: Malam ini kita nak fun-fun sahaja, untuk persembahan pembukaan saya enjoy.
Azmi Saat: Yang paling penting Zila boleh nyanyi, sebab lagu joget ni perlu karakter. Tapi Zila berjaya bawakan lagu ini dengan baik.
Jihan Muse: Zila Mantap, Zila boleh menyanyi.
Rahim Omar - Istana Menanti
Jihan Muse: Saya nak nangis, pada saya nyanyian memang sedap. Scene tu macam dalam drama. Lakonan itu sampai bagi saya.
Azmi Saat: Memang rasa. Ramai orang boleh nyanyi tapi rasa itu tidak. Tapi memang sedap.
Datuk Yusry: Saya tak sangka. Dapat rasa feel tu.
Maria Tunku Sabri - Malam Pesta Muda Mudi
Datuk Yusry: Saya tak boleh terima kemasukan air awak, Saya tahu awak tak yakin dengan nyayian tapi awak cover dengan persembahan.
Mubarak Majid - Hanya Nyanyian
Jihan Muse: Saya terhibur, nyanyian sedap. Saya suka, sebab rasa seperti dibawa dalam lagu itu. Semuanya okay, mungkin minggu depan dapat tengok yang lebih rancak.
Azmi Saat: Saya baru tahu umur sudah 70 tahun, suara itu sangat bagus cuma kena berlatih pernafasan lebih lagi supaya boleh nyanyi dengan lebih baik.
Amyza Aznan - Kau Racun Hidupku
Datuk Yusry: Awak nampak macam penyanyi profesional. Verse dalam lagu ni lain-lain tapi awak berjaya kekalkan momentum. Saya boleh layan persembahan awak.
Azmi Saat: Saya suka awak menjiwai vokal lagu ini.
Jihan Muse: Saya sangat happy tengok awak malam ini. Saya doakan awak happy.
Datuk Jalaludin Hassan - Biarlah Bulan Bicara
Jihan Muse: Demam pun dah sedap, apatah lagi kalau sihat. Memang terhibur malam ini.
Datuk Yusry: Ini bukan persembahan seorang penyanyi tapi seorang show man.
Fazlina Ahmad Daud - Si Manis 17
Datuk Yusry: Saya tak boleh brain sebab semua yang nyanyi malam ni sebab saya pernah mengarah dan berlakon sekali. Saya tak ada komen, next week la saya komen.
Azmi Saat: Terima kasih persembahannya, saya dapat rasa kegembiraannya.
Rashdan Baba - Kehilangan
Jihan Muse: Satu persembahan yang sampai untuk kami, saya suka dengan persembahan ini sebab sampai.
Datuk Yusry: Awak berjaya hit low note dengan baik.
Khaty Azian - Singkong dan Keju
Datuk Yusry: Nampak awak fun malam ini, tapi saya nak tengok sisi rock awak pulak
Azmi Saat: Saya suka karakter suara awak, tak sabar nak dengar lagu lain pula.
Datuk Ahmad Tamimi Siregar - Penantian
Azmi Saat: Bagi saya nyanyian yang sempurna. Nyanyian Datuk sangat sedih dan tak sabar nak tunggu persembahan di finale.
Datuk Yusry: Ini adalah persembahan yang sempurna
Jihan Muse: Datuk seorang legend, saya sebagai pelapis dalam dunia seni ini sepatut jadikan Datuk sebagai satu sumber inspirasi. Saya doakan Datuk Sihat.
Berikut merupakan kedudukan bintang-bintang KE Selebriti:
Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman.
Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap
Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.
Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.
Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.