Sekilas
- Khaty Azian dan Mubarak Majid tersingkir pada minggu keempat Kilauan Emas Selebriti selepas persembahan mereka kurang mendapat sambutan juri.
- Datuk Jalaludin Hassan dinobatkan Emas Berkilau Of The Week dengan markah tertinggi 79.42% dan memberikan hadiah RM2,000 kepada Fredo Flybaits.
- Program Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu setiap Sabtu malam di Astro Prima dan boleh distrim melalui Astro GO, On Demand dan Sooka.
Perjalanan dua bintang Kilauan Emas Selebriti (KES), Khaty Azian dan Mubarak Majid akhirnya terhenti pada minggu keempat.
Mubarak dan Khaty gagal menambat hati juri menerusi persembahan mereka yang menyampaikan lagu Berdendang Sayang dan Tragedi Buah Apel nyanyian asal Anita Sarawak.
Sementara itu, Datuk Jalaludin Hassan pula berjaya dinobatkan anugerah Emas Berkilau Of The Week dan memberikan wang tunai berjumlah RM2,000 kepada penyanyi, Fredo Flybaits.
Pada masa sama, Jalaludin Hassan juga berjaya mendominasi carta selepas berjaya memperoleh markah sebanyak 79.42% daripada juri dan undian penonton.
Mari kita recap komen untuk semua bintang Kilauan Emas Selebriti minggu keempat:
Datuk A. Tamimi Siregar - Apo Nak Dikato
Amelina: Memang respek! Pembuka tirai yang best, saya pernah crush kat Datuk. Dari segi persembahan sangat bagus. Nampak Datuk sampaikan lagu ni dengan terbaik, Penggunaan prop memang lulus.
Jihan Muse: Control stage tu sampai, kita selesa dengan persembahan Datuk. Satu persembahan pembukaan yang sangat baik, good show.
Datuk Yusry: Saya mahu Datuk meliar sikit.
Maria Tunku Sabri - Can't Take My Eyes Off You
Amelina: Yang penting cantik atas stage, karakter atas stage itu cantik.
Datuk Yusry: Persembahan macam biasa, awak tetap konsisten. Saya tahu awak ada limitasi dalam nyanyian. Tapi awak fokus pada persembahan awak
Rashdan Baba - Hati Emas
Amelina: Saya nampak awak sangat muda malam ini. Bagi saya keyakinan awak sangat bagus sebab penguasaan pentas semua terbaik, awak pun faham dengan karakter lagu ini. Saya terkesima.
Datuk Yusry: Persembahan malam ini awak hidup sikit, vokal terkehel sikit itu tak mengapa sedikit sahaja.
Zila Bakarin - Ku Gembira Disampingmu
Jihan Muse: Wow, salah satu benda yang saya suka awak punya grove dia macam blend dengan lagu tu sendiri.
Pergerakkan awak smooth, itu penting sebab boleh tarik orang untuk tengok persembahan awak
Datuk Yusry: Lontaran suara awak bagus, cakap dekat cikgu vokal supaya tukar frase tu agar nampak kelainan.
Rahhim Omar - Kau Lupa Janji
Datuk Yusry: Tak cukup rehearsel ke? Saya suka intro tu, perubahan yang dilakukan
Amelina: Malam ni saya datang untuk menyaksikan konsert, tapi saya melihat sangat best. Improvise itu sangat best.
Jihan Muse: Kalau ada props yang menganggu, pejam je mata itu. Abang kan pelakon mesti tahu macam mana nak tipu.
Khaty Azian - Tragedi Buah Apel
Jihan Muse: Its okay, show must go on.
Amelina: Saya enjoy, saya suka dengan susra awak. Tragedi buah apel itu memang tragedilah.
Datuk Yusry: Saya rasa peserta untuk minggu ini penat kot. Saya harap setiap perserta nak menang untuk program ini.
Mubarak Majid - Berdendang Sayang
Datuk Yusry: Abang dah pandai bawak lakonan dalam nyanyian. Ia nampak menarik. Untuk tambah baik lagi bagi karakter itu lebih menonjol.
Amelina: Persembahan semua okay, abang dapat menghayati lagu itu dengan baik.
Fadzlina Ahmad Daud - Gadis Dan Bunga
Jihan Muse: Mesti sedih tak dapat buat yang kita plan tapi tak apa show must go on.
Amelina: Saya sokong apa yang Jihan cakap. Awak nampak sangat cantik.
Datuk Jalaludin Hassan - Nasha Ye Pyar Ka
Datuk Yusry: Betul-betul rasa semua. Segalanya on point. Persembahan yang menarik malam ini.
Jihan Muse: Memang persembahan yang terbaik.
Amelina: Fall in love sangat persembahan abang.
Amyza Aznan - Hati Muda
Jihan Muse: Bestnya, saya happy tengok akak menyanyi dengan selesa atas pentas. Saya harap satu hari nanti drama akan berlakon akak juga nyanyi lagu ost.
Datuk Yusry: Awak antara peserta fav. Tone suara awak sangat sedap. Hari ni awak lari keluar dari zone selasa awak. Cuma kena polish dari segi nada agar nampak kelainan sikit.
Berikut merupakan kedudukan bintang-bintang KE Selebriti:

Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman.
Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap
Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.
Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.
Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.