Sekilas
- Bapa Mia Sara Nasuha, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai dan memaklumkan anaknya berada dalam keadaan baik.
- Ridhuan enggan mengulas lanjut mengenai isu yang sedang tular dan menyatakan pihak mereka belum ada sebarang komen buat masa ini.
- Isu tular melibatkan dakwaan Puteri Balqis terhadap Mia Sara termasuk penghinaan terhadap ibu, buli di set penggambaran, dan dakwaan aktiviti tidak bermoral.
Bapa kepada pelakon Mia Sara Nasuha iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh tampil memberikan respon berhubung isu yang sedang tular.
Bercakap kepada OhBulan!, Ridhuan menzahirkan rasa terima kasih atas keperihatinan semua pihak yang bertanyakan khabar mengenai anaknya itu.
Walau bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai situasi yang berlaku.
"Pihak kami belum ada sebarang komen buat masa ini," katanya.
Dalam pada itu, Ridhuan memaklumkan anak perempuannya itu berada dalam keadaan baik.
"Keadaan dia biasa sahaja. Terima kasih kerana bertanya dan mendoakan anak saya," ujarnya lagi.
Sebelum ini, Puteri Balqis mendakwa Mia Sarah Nasuha, 21, pernah mengaib serta menghina ibunya, Norashikin Abdul Aziz, sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental ibunya itu.
Aqish turut mendakwa wujud insiden membabitkan perbuatan membuli di set penggambaran beberapa tahun lalu selain berkongsi pernah diketepikan ketika ingin bergambar bersama peminat kerana dianggap kurang dikenali ketika itu.
Turut viral menerusi pendedahan Aqish mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
Sumber: OhBulan