Skip to main content

Hiburan

Kebenaran Akhirnya Terbongkar, Episod Akhir GBGTH Tinggalkan Luka Paling Dalam Kepada Jiwa Penonton, Ramai Tak Sangka…

Good Boys Go To Heaven

Sekilas

  • Drama Astro Originals, Good Boys Go To Heaven, tamat dengan episod kelapan yang menyelesaikan misteri kematian Ahyan dan mendedahkan rahsia setiap watak.
  • Episod akhir menampilkan konfrontasi penting antara Yasser dan pihak bertanggungjawab serta menonjolkan kesan trauma dan akibat tindakan setiap watak.
  • Peminat boleh menantikan dua episod bonus yang akan melengkapkan kisah di sebalik tragedi Kuala Makar dan menjawab persoalan yang masih terbuka.

Drama premium Astro Originals terbitan Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven akhirnya melabuhkan tirainya menerusi episod kelapan yang menjadi penutup kepada segala misteri yang menghantui penonton sejak episod pertama.

Dalam episod akhir ini, Yasser akhirnya berdepan dengan individu yang bertanggungjawab di sebalik kematian Ahyan. Pertemuan yang dinanti-nantikan itu bukan sekadar menyaksikan konfrontasi antara dua watak, malah menjadi detik segala persoalan yang selama ini bermain di fikiran penonton akhirnya mula terjawab.

Sejak awal episod, ketegangan mula tercetus apabila Yasser menuntut kebenaran daripada mereka yang didakwanha terlibat dengan pembunuhan Ahyan namun, jawapan yang diterima ternyata jauh lebih berat daripada apa yang disangkakan.

Satu demi satu rahsia yang selama ini disembunyikan akhirnya terbongkar. Penonton juga didedahkan dengan bagaimana setiap watak sebenarnya mempunyai kaitan dengan tragedi yang menimpa Ahyan, sama ada secara langsung mahupun tidak.

Apa yang menjadikan episod ini lebih meninggalkan kesan apabila tiada siapa benar-benar muncul sebagai ‘hero’. Setiap watak membawa luka, penyesalan dan kesilapan masing-masing, sekali gus membuatkan penonton melihat keseluruhan kisah ini daripada sudut yang berbeza.

Selain berjaya merungkai misteri utama, episod akhir ini turut menyampaikan mesej bahawa setiap tindakan mempunyai akibat, manakala trauma bukan sahaja dirasai oleh mangsa, tetapi turut memberi kesan kepada semua insan di sekelilingnya.

Dengan jalan cerita yang kemas serta penutup yang sarat emosi, Good Boys Go To Heaven berjaya menamatkan perjalanan lapan episodnya dengan satu pengakhiran yang meninggalkan impak buat penonton.

Walau bagaimanapun, perjalanan drama ini masih belum benar-benar berakhir. Peminat bakal dihadiahkan dengan dua episod bonus yang akan melengkapkan keseluruhan kisah di sebalik tragedi Kuala Makar.

Bonus Episod 9 berjudul “My Name is Ahyan Yasser” dijangka memberi fokus kepada kisah Ahyan sendiri, manakala Bonus Episod 10 bertajuk “The Story That Needed To Be Told” pula bakal membawa penonton menyelami sisi cerita yang masih belum didedahkan sepenuhnya.

Jadi, walaupun misteri utama sudah pun terungkai, masih ada beberapa persoalan yang bakal dijawab menerusi dua episod bonus tersebut. Penonton pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengetahui keseluruhan cerita di sebalik Good Boys Go To Heaven.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement