Skip to main content

Viral

Kecoh, Ariana Grande ‘Diterkam’ Penceroboh Bersiri Di USS

ariana_singapore

Bintang Hollywood terkenal, Ariana Grande berdepan detik cemas apabila seorang peminat yang cukup terkenal dengan gelaran ‘penceroboh bersiri’ melepasi kawalan pengawal keselamatan dan ‘menerkam’ dirinya di Universal Studios Singapore (USS) malam tadi.

Insiden berlaku sewaktu Grande bersama barisan pelakon Wicked: For Good sedang berjalan di permaidani kuning sempena malam tayangan perdana filem tersebut.

Grande, 32, dilihat terkejut saat peminat lelaki yang memakai t shirt putih meluru ke arahnya sebelum rakan selebriti Cynthia Erivo menyelamatkan keadaan dan pengawal peribadi menahannya.

Selepas kejadian berlaku, pemenang Oscar, Tan Sri Datuk Michelle Yeoh yang juga merupakan salah seorang aktres terlibat dalam filem serta siri promosi sama dilihat menenangkan Grande sebelum meneruskan aktiviti menyapa peminat yang berada di sekitar lokasi.

Situasi hura hara itu dapat dilihat dengan jelas dalam kebanyakan video yang tular di pelbagai platform media sosial.

Lelaki tersebut dilihat memanjat penghadang dan berjaya melepaskan diri daripada kawalan pengawal peribadi lalu meluru menerkam Grande yang dilihat panik dengan situasi terjadi.

The Straits Times Singapura kemudian melaporkan peminat tersebut telah ditahan. Lelaki itu dikenali sebagai Johnson Wen, seorang warganegara Australia yang dipanggil penceroboh bersiri kerana melakukan beberapa tindakan sama terhadap artis antarabangsa.

Dia antaranya dilaporkan pernah menganggu konsert Katy Perry di Sydney pada Jun lalu serta acara larian akhir 100 meter lelaki di temasya Sukan Olimpik 2024.

Must-Watch Video

Advertisement