Skip to main content

Selebriti

Kekasih Beri Penjelasan, Bukan Berdua… Ibu Yazmin Aziz Turut Raikan Hari Jadi - “Beri Kebenaran Buat Kejutan Dalam Bilik Mereka”

Bukan Berdua, Ibu Yazmin Aziz Turut Raikan Hari Jadi

Kekasih penyanyi, Yazmin Aziz iaitu Simon Joseph tampil memberikan penjelasan susulan komen negatif yang diterima semasa sambutan hari lahir teman wanitanya itu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Simon memaklumkan ibu kepada Yazmin juga turut hadir dan meraikan sambutan ulang tahun itu bersama mereka.

Advertisement

Malah dia juga berterima kasih kepada ibu Yazmin kerana memberi kebenaran kepadanya untuk menghias dan membuat kejutan di dalam bilik mereka.

“Terima kasih kepada ibu Yazmin kerana menyokong saya. Dia membenarkan saya untuk buat kejutan kepada Yazmin di dalam bilik mereka,” maklumnya.

Dalam pada itu, Simon juga berharap hari istimewa itu dapat disambut bersama ahli keluarga yang lain selepas ini.

“We love you mom! Seronok sangat walaupun hanya kita bertiga yang sambut hari lahir Yazmin.

“Nanti kita sambut dengan seluruh keluarga pula. I love you baby, Yazmin,” tulisnya.

Terdahulu, sempena ulang tahun kelahiran Yazmin yang ke-24, Simon melakukan persiapan dengan mendekorasi bilik hotel serta membeli hadiah.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet kerana kejutan tersebut dilakukan di dalam bilik hotel.

@simonjosephjavier Replying to @redridinghood12 Big thanks to Yazmin’s Mom for being so supportive 🥰 She allowed me to surprise Yazmin in their room ❤️ We love you mom! It was so much fun even if it was just the three of us who celebrated her birthday 🥳 Next time with the whole family! I love you baby @Yazmin Aziz ♬ original sound - Simon Says Vlog 🔥

Must-Watch Video

Advertisement