Skip to main content

Hiburan

Kembali Temui Bahagia, Datuk Red Sah Bergelar Suami Kepada Rohanita

Astrogempak DATUK RED

Sekilas

  • Bekas suami Adira Suhaimi, Datuk Red, kini sah berkahwin dengan wanita pilihannya, Rohanita.
  • Datuk Red berkongsi penghargaan kepada Rohanita yang menerima dirinya seadanya walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan pandangan negatif.
  • Datuk Red dan Adira bercerai pada April 2024 selepas berkahwin sejak 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Adnan Abu, kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Rohanita.

 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menerusi satu hantaran di TikTok.

 

Menurutnya, Rohanita menerima dirinya seadanya meskipun mengetahui segala kekurangan, kesusahan serta pandangan negatif segelintir masyarakat terhadap dirinya.

 

"Dia tahu susahku, dia tahu kekuranganku, dia tahu kebencian orang terhadapku.

 

"Tapi dia memilih untuk tidak pergi. Terima kasih isteriku kerana menerima lelaki yang gagal segala-galanya. Sayang @rhnita hingga akhir hayatku,"tulisnya.

 

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan agar rumah tangga pasangan itu berkekalan hingga ke syurga.

 

Terdahulu, Datuk Red bercerai dengan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila Hashim, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 13 Mei 2024.

 

Tidak lama selepas itu, beliau turut berpisah dengan Adira Suhaimi apabila mereka sah bercerai talak satu pada penghujung April 2024.

 

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement