Skip to main content

Hiburan

“Kenapa Ada Yang Marah? Ada Kacau Duit Pencen Sesiapa Ke?” - Abby Abadi Ada Sebab Kongsi Mengenai ‘Mas Kahwin Tertangguh’

Abby Abadi

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi rasa syukur selepas menerima mas kahwin tertangguh daripada bekas suaminya, Norman Hakim, selepas 22 tahun menunggu.
  • Abby menjelaskan perkongsiannya di media sosial bertujuan sebagai pengajaran tentang pentingnya menyelesaikan mas kahwin yang tertangguh.
  • Abby turut mempersoalkan reaksi negatif netizen yang marah dengan perkongsiannya dan berterima kasih kepada suami serta isteri Norman yang tidak mencampuri urusan tersebut.

Perkongsian pelakon dan penyanyi Abby Abadi yang meluahkan rasa syukur apabila menerima mas kahwin ‘tertangguh’ daripada bekas suaminya, Norman Hakim mengundang pelbagai reaksi netizen. 

 

Biarpun ada yang turut tumpang gembira, namun terdapat netizen yang mempertikaikan tindakan ahli kumpulan Elite itu berkongsi perkara tersebut di media sosial. 

 

Abby menerusi platform Threads memberitahu tujuan dia berkongsi perkara itu kerana mahu menjadikan ia pengajaran memandangkan mas kahwin tertangguh itu sudah menjadi hutang. 

 

“Saya tuntut nafkah tapi, mas kahwin diselesaikan dulu. Alhamdullillah. Kongsi supaya jadi pengajaran. Bila bertangguh, jadi hutang, jadi bahaya kalau dibawa ke,” kata Abby. 

 

Dalam pada yang sama, Abby turut mempersoalkan tindakan netizen yang meluahkan rasa marah dengan perkongsiannya itu. 

 

“Tapi kenapa ada yang marah? Ada kacau duit pencen sesiapa ke?” kata Abby. 

 

Sebelum ini, Abby Abadi meluah rasa syukur apabila dia menerima wang mas kahwin yang sudah lama tertangguh daripada Norman Hakim setelah 22 tahun menunggu dengan sabar. 

 

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby turut berterima kasih kepada suaminya, Muhammad Faizal Zakaria dan isteri Norman iaitu Memey Suhaiza kerana tidak pernah mencampuri urusan tersebut. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement