Skip to main content

Selebriti

“Kepada Yang Tegur Elok-Elok, Saya Minta Maaf” - Zul Ariffin

Zul Ariffin mohon maaf

Sekilas

  • Zul Ariffin beri penjelasan bahawa gambar yang dimuat naik hanyalah perkongsian santai dan bukan untuk mempromosikan tabiat tidak sihat.
  • Zul menganggap teguran yang diterima dari akaun kesihatan itu bersifat sarkastik dan membalas dengan nada yang sama sebelum respon tersebut dipadam.
  • Zul memohon maaf kepada yang menegur secara baik tetapi enggan minta maaf kepada komen melampau dan menghina di media sosial.

Pelakon, Zul Ariffin tampil memberikan penjelasan susulan teguran daripada sebuah akaun kesihatan berhubung satu hantaran di Instagram miliknya yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen baru-baru ini.

Menurut Zul, foto yang dimuat naik itu hanyalah sekadar perkongsian santai menikmati kopi dalam suasana yang disifatkannya tenang dan bukannya bertujuan untuk mempromosikan tabiat tidak sihat kepada umum.

“Pada saya tak ada apa, saya ambil gambar sebab rumah itu cantik, saya rasa benda itu terlepas bila saya ingat benda itu okay.

“Saya terangkan pada anda semua, apa yang berlaku pada ketika itu adalah ‘bad habit’ yang tidak digalakkan, tak di endorsekan oleh saya.

“Itu hanyalah saya duduk, angin cantik, tengah pula pekena kopi, jadi saya suruh orang ambil kan gambar. Itu sahaja,” tegasnya.

Zul berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem The Furious: Pertaruhan Maruah bertempat di GSC MidValley pada Selasa.

Bagaimanapun kata Zul, dia tidak menyedari perkara tersebut boleh mengundang salag faham apabila dimuat naik di media sosial.

Malah, ketika diminta mengulas mengenai respon akaun tersebut yang mengucapkan ‘tahniah’ kepadanya secara terbuka, Zul menyifatkan kenyataan tersebut sebagai sindiran yang bernada sarkastik.

“Ya saya tidak tahu dan bila saya nak post foto itu, saya letak lagu, dan kena pula dengan mood. Biasalah bila kita nak muat naik di Instagram.

“Tiba-tiba datang pula entah dari mana, ucapkan tahniah kepada saya. Tahniah yang diucapkan itu adalah berbaur sarkastik.

“Jadi bila anda bermula dengan nada sarkastik, saya balas semula dengan cara yang sama. Sebab itu kenyataan tersebut keluar dan orang mula mengajuk-ajuk.

“Jadi saya balas dengan berkata ‘and?’, maksud saya teruskanlah sarkastik itu. Kenapa berhenti di situ?” jelasnya.

Tegas Zul lagi, dia tidak pernah berniat untuk menggalakkan orang ramai mengikuti tabiat tersebut atau menjadikannya sebagai satu bentuk promosi.

“Saya faham mungkin ada yang tidak suka kerana ia merupakan tabiat yang tidak baik. Tapi kalau nak kaitkan saya dengan endorsement, siapa yang endorse? Tak ada siapa yang galakkan. Bukannya saya kata, ‘marilah cuba benda ini’. Tapi ada pihak yang seronok.

“Contohnya macam inilah, dalam filem yang bagus pun kadang-kadang ada kelihatan kotak rokok, tapi tak pula nampak komen tentang perkara itu,” katanya.

Pada masa sama, Zul turut menyelar segelintir individu yang menurutnya sengaja mengambil peluang untuk mengecam tanpa memahami konteks sebenar.

“Cakap sahajalah anda sengaja nak komen, tapi anda tak akan mengaku sebab anda berlindung di sebalik akaun itu.

“Saya faham, mungkin sekarang ini penunggang kesihatan punya musim, silakan, cakap sahaja benda itu, tapi janganlah menuduh orang ini mempromosikan benda tersebut. Itu tidak baik.

“Jadi ‘basically’ orang yang menaip itu lebih emosional berbanding orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zul juga tetap mengambil tanggungjawab atas tindakannya dan tampil memohon maaf kepada pihak yang menegurnya secara baik.

“Jadi saya nak ambil kesempatan, untuk mohon maaf kepada semua yang tegur saya mengenai tabiat buruk itu selama saya menggunakan sosial media. Kepada yang tegur elok-elok saya minta maaf.

“Mengenai konten seperti itu, saya janji kepada anda semua ia tidak akan berlaku lagi,” katanya.

Namun begitu, Zul menegaskan dia tidak akan memohon maaf kepada individu yang meninggalkan komen melampau dan bersifat menghina di media sosial.

“Tetapi saya tidak akan minta maaf kepada penunggang itu. Saya tidak akan minta maaf kepada semua orang yang komen buruk-buruk, yang komen melampau dalam Threads, saya tak akan minta maaf.

“Saya perlu tegas apabila melibatkan hal-hal seperti ini. Jika anda memberikan komen sebegitu, itu melambangkan akhlak mereka.

“Ia tidak melambangkan akhlak saya. Jangan tuduh saya angkuh, di bahagian mana saya bongkak? Saya cuma sedang minum kopi,” ujarnya tegas.

Menurut Zul lagi, dia hanya membalas sindiran yang diterima daripada akaun berkenaan dan mendakwa respon balas tersebut kemudiannya telah pun dipadamkan semula.

“Saya bertanya begitu kerana pihak yang bersikap sarkastik dengan saya itu bukan individu, tetapi sebuah akaun.

“Jadi saya kata, teruskanlah bercakap lagi. Dia ada membalas, tetapi kemudian dipadam semula.

“Jadi itulah sikapnya, orang ramai pun sudah menyaksikannya. Sebab itu saya rasa orang dalam platform tersebut tidak perlu terus berbahas mengenai perkara ini.

“Saya akui perkara itu adalah tabiat yang tidak baik dan ia tidak akan berlaku lagi. Jadi tak perlulah diperbesarkan lagi. Tenang-tenang sahaja,“ katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

🇲🇾 DESINCE Men Long Pants Man Formal Pants Smart Casual Office Pants Suit Seluar Panjang Lelaki MP 103

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Topik Berkaitan

Advertisement