Skip to main content

Hiburan

Kerap Berdepan Masalah Usus, Rupa-Rupanya Daiyan Trisha ‘Allergic’ Dengan Seafood - “Menangis La Macam Ini’

Daiyan Trisha

Sekilas

  • Daiyan baru sahaja mengetahui dia mempunyai alahan terhadap makanan laut seperti udang, ketam dan kerang yang menyebabkan gangguan pada ususnya.
  • Alahan yang dialami bukanlah jenis gatal atau sesak nafas, tetapi memberi kesan negatif kepada kesihatan ususnya.
  • Daiyan terpaksa berhenti makan makanan laut buat sementara waktu untuk mendapatkan rawatan dan pemantauan bagi masalah ususnya.

Akhirnya segala persoalan mengenai masalah gangguan usus terjawab apabila pelakon dan penyanyi Daiyan baharu saja mengetahui dirinya mempunyai alahan terhadap makanan laut. 

 

Menurut Daiyan, alahan yang dihadapinya itu bukan melibatkan kegatalan pada kulit atau gangguan pernafasan sebaliknya ia melibatkan usus menjadi tidak sihat.  

 

“Baru tahu yang saya ada alah kepada udang, ketam dan kerang - macam tak percaya. Dah makan semua tu betul-betul seumur hidup saya.

 

“SAYA SUKA MAKANAN LAUT MENGAPA INI BERLAKU KEPADA SAYA. Tapi ini sangat mengejutkan saya, sebab alahan ini bukan jenis gatal atau sesak nafas. 

 

“Alahan ini adalah jenis yang mengganggu usus anda dan memberikan anda banyak masalah berturut-turut yang datang dengan usus yang tidak sihat. 

 

“Saya akhirnya mempunyai jawapan kepada persoalan saya. Menangis la macam ini,” kongsi Daiyan. 

 

Penyanyi lagu Penat ini berkongsi perkara tersebut menerusi platform Threads miliknya dan mendapat pelbagai respons daripads wargamaya. 

 

Membalas salah satu komen netizen, Daiyan memberitahu dia terpaksa berhenti sekejap makan makanan laut kerana ingin dapatkan semula rawatan untuk masalah usus yang dialaminya. 

 

“Saya masih boleh makan makanan laut, tapi kena berhenti sekejap dan dapatkan semula rawatan untuk usus saya. 

 

“Kemudian boleh makan semula dalam pemantauan,” kata Daiyan lagi. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement