Skip to main content

Hiburan

Kerap Jadi Bahan ‘Ship’ Netizen, Azeva Natassha Jelas Hubungan Dengan Zaki Yamani - “Dia Seorang Yang Baik…”

Astro Gempak 392

Sekilas

  • Azeva Natassha dan Zaki Yamani sering muncul bersama dalam kandungan media sosial sebagai kawan rapat, bukan pasangan seperti yang digosipkan netizen.
  • Mereka mula kenal melalui media sosial dan persahabatan keluarga, serta mendapat sambutan hangat dengan video dan siaran langsung mereka.
  • Azeva menghargai keserasian mereka dan tidak menolak kemungkinan hubungan itu berkembang, tetapi memilih untuk tidak terburu-buru dan ‘go with the flow’.

Hubungan mesra antara anak kepada penerbit, Datuk A. Aida, Azeva Natassha dan penyanyi Zaki Yamani yang kerap tampil bersama dalam kandungan media sosial mencuri perhatian ramai.

Sering ‘diusik’ netizen yang cuba memadankan mereka sebagai pasangan, Azeva, bagaimanapun menjelaskan hubungan tersebut sekadar kawan buat masa ini.

“Pada awalnya, saya tak sangka ramai yang nak kenen-kenenkan kami. Saya dan Zaki berkenalan di media sosial dan kami juga kenal kerana bapa kami berkawan baik.

“Satu hari kami terjumpa di sebuah acara dan hubungan itu terus ‘klik’. Kami memang boleh jadi kawan, jadi apa salahnya buat konten bersama,” katanya.

Azeva berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

Menurutnya, dia juga tidak menyangka video bersama Zaki mendapat sambutan hangat sehingga menarik ribuan tontonan setiap kali mereka bersiaran langsung.

“Saya tak sangka video itu akan meletup. Bila kami buat live pun, beribu orang yang tonton. Tak sangka orang suka tengok kami bersama,” ujarnya.

Dalam masa sama, gadis berusia 25 tahun itu mengakui keserasian mereka sebagai kawan berpunca daripada persamaan karakter.

“Kami sesuai berkawan sebab perangai hampir sama. Kadang-kadang bila pertama kali bersembang, kita dah tahu boleh jadi kawan.

“Zaki seorang yang sangat baik. Cara dia layan orang yang dia tak kenal pun baik. Saya nampak sendiri bagaimana dia melayan ibunya, jadi saya yakin dia seorang yang jujur,” katanya.

Bagaimanapun, Azeva tidak menolak kemungkinan hubungan itu berkembang pada masa hadapan, namun memilih untuk tidak terburu-buru.

“Kita kena kenal dulu. Masa depan kita tak tahu apa yang Allah rancangkan. Saya ‘go with the flow’ sahaja,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

GEWORTH Seluar Cargo Wanita Style Loose Baggy Lelaki Perempuan Viral Bergetah

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

(3xl-10xl)SLACK Pants Plus Size Unisex (MSI).Seluar Saiz Besar Lelaki/Perempuan SLACK Long Pants Men Big Size

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Must-Watch Video

Advertisement