Skip to main content

Hiburan

Kereta Bercalar Akibat Kemalangan, Leona Tetap Kekal Tenang - “Saya Ada Hubungi Ibu Dan Dia Kata…”

Kasih Iris Leona

Sekilas

  • Kasih Iris Leona berkongsi pengalaman terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini dengan tenang walaupun keretanya mengalami calar.
  • Leona menjelaskan sebab kereta pertamanya bukan kenderaan mewah seperti Porsche kerana insiden tersebut.
  • Dia mendapat ketenangan selepas menghubungi ibunya yang menasihatinya supaya tidak risau kerana kereta boleh dibaiki.

Dalam keadaan tenang, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memberitahu dia terlibat dalam kemalangan kereta baru-baru ini.

 

Sambil menunjukkan calar di bahagian tepi belakang kereta miliknya, Leona berkata ada sebab kereta pertamanya bukan kenderaan mewah. 

 

“Saya terlibat dalam kemalangan kereta, ia tidak kelakar tapi sebab itu kereta pertama saya bukan Porsche,” katanya dengan nada tenang. 

 

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu yang kelihatan tenang biarpun terlibat dalam kemalangan kereta. 

 

Membalas salah satu komen netizen, Leona memberitahu dia mendapat ketenangan itu selepas menghubungi ibunya. 

 

“Saya ada hubungi ibu saya dan dia kata ‘tak apa, boleh baiki jangan risau’,” balas Leona. 

Sumber - TikTok

Must-Watch Video

Advertisement