Skip to main content

Hiburan

Kes Dibuka Semula? Tiga Individu Berprofil Tinggi Kemuka Bukti Baharu, Dakwa Tangmo Nida Bukan Mati Dibunuh

Tangmo Nida

Sekilas

  • Tiga individu berprofil tinggi di Thailand mengemukakan lebih 1,300 halaman dokumen dan rakaman CCTV baru kepada Jabatan Siasatan Khas bagi menyokong keraguan terhadap siasatan kematian pelakon Tangmo Nida.
  • Mereka mendakwa Tangmo tidak jatuh dari bahagian belakang bot dan kecederaan yang dialami tidak berpunca daripada bilah kipas bot seperti yang dilaporkan sebelum ini.
  • Beberapa percanggahan dalam keterangan saksi, dokumen rasmi, dan masa kejadian turut dibangkitkan, sementara laporan polis dibuat terhadap dua individu atas dakwaan memalsukan keterangan dan bukti.

Selepas empat tahun, kes kematian pelakon Thailand iaitu Tangmo Nida dilaporkan kembali menjadi perhatian media di negara tersebut.

Terbaharu, tiga individu berprofil tinggi terdiri daripada bekas Ahli Parlimen Thailand, Mongkolkit Suksintharanon, ahli akademik serta aktivis Dr. Panthep Puapongpan serta aktivis sosial, Atchariya Ruangrattanapong dilaporkan tampil mengemukakan bukti baharu kepada Jabatan Siasatan Khas Thailand (DSI).

Difahamkan, mereka telah mengemukakan lebih 1,300 halaman dokumen bersama rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi menyokong dakwaan bahawa berlakunya keraguan dalam siasatan yang telah dijalankan sebelum ini.

Antara yang dikemukakan adalah mereka berpendapat bahawa Tangmo tidak terjatuh dari bahagian belakang bot seperti yang dilaporkan sebelum ini, malah percaya bahawa kecederaan yang dialami pelakon filem Ghost Of Mae Nak itu bukan berpunca daripada bilah kipas bot.

Menurut Mongkolkit, rakaman CCTV di beberapa lokasi mendapati hanya lima individu berada di atas bot pada malam kejadian malah, rakaman ketika bot melalui kawasan bawah Jambatan Sanghi juga didakwa tidak menunjukkan kehadiran sesiapa di bahagian belakang bot, sekali gus menimbulkan lagi persoalan terhadap kronologi yang pernah dikemukakan sebelum ini.

Sementara itu, Dr. Panthep pula percaya bahawa Tangmo mungkin sudah tidak berada di atas bot selepas jam 8.36 malam apabila tiada lagi gambar pelakon itu direkodkan dalam telefon bimbit selepas waktu tersebut.

Panthep turut mempertikaikan imej yang sebelum ini mendakwa terdapat bayang seseorang terjatuh ke dalam sungai yang dianggap tidak selari dengan analisis kes serta berpendapat kecederaan pada kaki Tangmo tidak selari dengan kecederaan dikaitkan dengan bilah kipas bot.

Dalam masa yang sama, Atchariya pula tampil mendakwa berlakunya beberapa percanggahan melibatkan keterangan saksi serta dokumen rasmi yang digunakan sepanjang siasatan.

Antara yang dibangkitkan termasuklah perbezaan masa kejadian yang diberikan saat Tangmo dikhabarkan jatuh dari bot.

Bukan itu sahaja, Atchariya turut mempersoal perubahan pandangan seorang pakar forensik mengenai punca kecederaan Tangmo serta mendakwa terdapat keraguan pada beberapa dokumen rasmi berkaitan proses pengurusan mayat Tangmo.

Difahamkan, laporan polis telah dibuat terhadap dua individu yang berada di atas bot atas dakwaan memalsukan keterangan dan bukti.

Bagaimanapun, semua dakwaan yang dikemukakan masih belum disahkan dan memerlukan siasatan serta pengesahan lanjut daripada pihak berkuasa Thailand.

Sumber: Facebook Basic TH

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement