Sekilas
- Khairul Aming menjelaskan bahawa restoran Rembayung sudah mencuba pelbagai cara untuk atasi isu scalpers dalam tempahan slot.
- Masalah utama termasuk serangan hacker dan gangguan walk-in yang boleh menyebabkan kesesakan dan menjejaskan kualiti servis.
- Restoran kini sedang cuba sistem manual menggunakan undian/lucky draw untuk urus tempahan dengan lebih teratur dan lancar.
Usahawan dan pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming memberikan respons terhadap pandangan seorang individu mengenai isu ‘scalpers’ yang berlaku ketika pelanggan cuba mendapatkan slot tempahan restoran berkenaan.
Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut menjelaskan terdapat pelbagai cadangan, demonstrasi dan proof of concept (POC) daripada pembangun berpengalaman mahupun ‘vibecoder’ bagi membantu Rembayung mengatasi masalah berkenaan.
Menurutnya terdapat beberapa kekangan yang perlu diambil kira, termasuk penggunaan sistem pihak ketiga, UMAI, yang sudah digunakan Rembayung sejak awal pembukaan.

Melihat kepada kenyataan itu, Khairul Aming kemudian tampil memberikan respons terhadap hantaran tersebut dengan menjelaskan bahawa pihaknya sememangnya sudah mencuba pelbagai kaedah bagi menangani masalah berkenaan.
“Terima kasih sebab memahami. Kami bukan tak cuba, dah macam-macam cara kita implement dari awal tapi nak lawan hackers bukan mudah.
“Diaorang cuba bypass everything. Buka walk in juga akan huru hara. Kalau 20 kereta turun depan kedai, dah cukup untuk bagi area situ jam
“Keselesaan customers, speed makanan keluar, kualiti service, ini semua benda kena dijaga juga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khairul Aming juga turut mendedahkan pihaknya sedang meneroka kaedah manual menggunakan sistem undian bagi memastikan proses tempahan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan lancar.
“Satu option kita tengah explore ialah manual ballot/lucky draw, assign slot, then key in manually masuk Umai. We are working it,” maklumnya.
Sumber: Threads @khairulaming