Skip to main content

Hiburan

Khairul Aming Pilih Merdeka 118 Sebagai Lokasi Lancar Produk Baharu - “Menitik Air Mata…”

Khairul Aming Pilih Merdeka 118 Sebagai Lokasi Lancar Produk Baharu - “Menitik Air Mata…”

Sekilas

  • Usahawan Khairul Aming akan melancarkan produk keempatnya, Sambal Nyet Bilis, secara langsung dari puncak Menara Merdeka 118.
  • Pelancaran ini simbolik perjalanan perniagaannya yang bermula enam tahun lalu dari kedai runcit kecil hingga ke mercu tanda tertinggi negara.
  • Sambal Nyet Bilis menggunakan ikan bilis dan bahan segar lain untuk rasa unik yang lebih ‘kick’ berbanding produk sebelum ini.
Advertisement

Usahawan terkenal, Khairul Aming bakal melancarkan produk keempatnya, Sambal Nyet Bilis dalam sebuah majlis yang akan bersiaran langsung dari puncak Menara Merdeka 118.

Berkongsi mengenai pemilihan lokasi tersebut, Khairul Aming berkata, pelancaran itu cukup bermakna apabila mengenangkan perjalanan perniagaannya yang bermula sejak enam tahun lalu.

Advertisement

“Majlis pelancaran Sambal Nyet Bilis akan bersiaran langsung dari puncak Merdeka 118, mercu tanda tertinggi di Malaysia dan kedua tertinggi di dunia.

“Menitik air mata edit video ini mengenangkan penat lelah berusaha dari dulu lagi,” katanya menerusi perkongsian dalam Threads.

rt

Menurut Khairul Aming, enam tahun lalu produk Sambal Nyet pertamanya hanya dilancarkan di sebuah kedai runcit tepi jalan.

Namun, perjalanan tersebut kini mencipta satu lagi detik istimewa apabila sambal keduanya bakal diperkenalkan dari puncak mercu tanda negara.

“Enam tahun lepas botol Sambal Nyet yang pertama dilancarkan di satu kedai runcit tepi jalan.

“Untuk sambal yang kedua kita akan lancarkan dari puncak tertinggi negara,” ujarnya.

Dalam masa sama, Khairul Aming berkata, pemilihan Merdeka 118 turut bertepatan dengan hasratnya untuk meraikan serta mengenang jasa figura terdahulu yang berjuang demi kemerdekaan tanah air.

Katanya, pelancaran tersebut bukan sekadar meraikan pencapaian perniagaannya, tetapi turut menjadi simbol penghargaan terhadap peluang yang dinikmati generasi hari ini hasil perjuangan mereka terdahulu.

Khairul Aming turut menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan terhadap produk tempatan sepanjang perjalanannya sebagai usahawan.

“Terima kasih kepada anda semua yang memberi kepercayaan kepada produk-produk tempatan kita,” katanya.

Terdahulu, Khairul Aming memperkenalkan Sambal Nyet Bilis sebagai produk keempatnya selepas enam tahun berniaga dengan hanya satu variasi sambal.

Produk terbaharu tersebut menggunakan ikan bilis sebagai bahan utama selain gabungan cili hijau, cili merah, tomato segar, daun limau purut dan belacan bagi menghasilkan rasa berbeza serta lebih ‘kick’ berbanding Sambal Nyet Berapi.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

PRODIY SF-400 Digital LCD Scale High Precision Electronic Kitchen Weighing Scale Food 10kg X 1g Penimbang Kek 厨房秤 面粉秤

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

[TERINGIN.JE] Orange Choc Marble Cake

Must Watch Video

Advertisement