Skip to main content

Artis Antarabangsa

Kibar Bendera Palestin, Massive Attack Dedah Layanan Polis Singapura: “ Disoal Siasat, Passport Dirampas, Tapi Kami Bangga”

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media Sosial, kumpulan trip-hop terkenal dari United Kingdom  itu mendakwa mereka telah ditahan polis Singapura, selain pasport mereka dirampas sementara. Kumpulan tersebut berkata mereka terkejut dengan tindakan pihak berkuasa terhadap semua anggota kumpulan.

Sekilas

  • Massive Attack ditahan polis dan pasport mereka dirampas sementara selepas mengibarkan bendera Palestin semasa konsert di Singapura, yang dianggap melanggar undang-undang negara itu.
  • Pengasas kumpulan itu diharamkan memasuki Singapura dan tidak dibenarkan membuat persembahan di sana selepas insiden tersebut.
  • Kumpulan itu menyifatkan tindakan mereka sebagai solidariti bersama rakyat Palestin dan mengkritik tindakan kerajaan UK terhadap aktivis pro-Palestin.
Advertisement

Selepas laporan mengenai mereka dikarang memasuki Singapura kerana mengibarkan bendera Palestin ketika mengadakan konsert di negara itu baru-baru ini, Massive Attack berkongsi pengalaman tentang layanan yang diterima berkenaan kontroversi tersebut.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media Sosial, kumpulan trip-hop terkenal dari United Kingdom  itu mendakwa mereka telah ditahan polis Singapura, selain pasport mereka dirampas sementara. Kumpulan tersebut berkata mereka terkejut dengan tindakan pihak berkuasa terhadap semua anggota kumpulan.

Advertisement

"Kami terkejut dan kecewa apabila seluruh anggota kumpulan ditahan polis, diasingkan dan disoal siasat secara berasingan. Malah, ada yang turut diperiksa bilik hotel mereka dan pasport dirampas buat sementara waktu," kata kenyataan itu seperti dilaporkan The Independent.

Menurut Massive Attack, sebelum  naik ke pentas dan sebaik konsert berakhir, sebahagian besar penonton secara spontan melaungkan slogan "Free Palestine" walaupun sedar tindakan itu mungkin melanggar undang-undang penapisan di Singapura.

"Kami sendiri tidak menyangka sekadar mengangkat bendera sebuah negara berdaulat yang diiktiraf oleh 157 negara iaitu Palestin boleh dianggap melanggar undang-undang," katanya lagi.

Terdahulu, polis Singapura memaklumkan pengasas kumpulan itu, Robert "3D" Del Naja dan Grant "Daddy G" Marshall, diberikan amaran keras selepas mengangkat bendera Palestin ketika konsert di Star Theatre pada 29 Julai lalu serta turut menyertai laungan "Free Palestine" atau Bebaskan Palestin bersama penonton.

Susulan insiden itu, kedua-duanya dilarang memasuki Singapura pada masa hadapan, selain sebarang permohonan mereka untuk membuat persembahan di negara tersebut tidak akan diluluskan.

Pihak Infocomm Media Development Authority (IMDA) turut mengesahkan  Massive Attack tidak lagi akan diberikan kebenaran mengadakan persembahan di Singapura berikutan larangan kemasukan tersebut.

Untuk rekod, Singapura melarang paparan bendera asing atau lambang negara tanpa permit khas berdasarkan undang-undang ketat berkaitan ucapan awam dan perhimpunan.

Pada 2023, Kementerian Dalam Negeri Singapura turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mempamerkan atau memakai sebarang simbol berkaitan konflik Gaza bagi mengelakkan ketegangan antara kaum dan agama di negara itu.

Bagaimanapun, Massive Attack menegaskan mereka berbangga dengan tindakan spontan tersebut dan menyifatkannya sebagai tanda solidariti bersama peminat terhadap rakyat Palestin.

"Kami bangga dapat berkongsi detik spontan ini bersama peminat di Singapura yang berasa mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin.

"Di seluruh dunia, kegagalan komuniti antarabangsa bertindak menyebabkan semakin ramai orang sanggup mengambil risiko peribadi untuk menyuarakan pendirian mereka," katanya.

Kumpulan itu turut menyifatkan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang "tidak masuk akal" dan menjadi peringatan tentang pentingnya mempertahankan hak asasi manusia sejagat serta kebebasan bersuara di mana-mana sahaja hak tersebut dicabar.

Malah, Massive Attack turut mengkritik tindakan kerajaan UK terhadap aktivis pro-Palestin dengan mendakwa penunjuk perasaan aman kini berdepan penahanan hanya kerana menyuarakan bantahan terhadap konflik di Gaza.

Pada Julai 2025, kerajaan UK mengharamkan kumpulan Palestine Action di bawah Akta Keganasan, sekali gus menjadikan keahlian atau sokongan terhadap kumpulan itu sebagai satu kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement