Skip to main content

Kpop

Kim Woo Bin Kahwin Disember Lepas Sedekad Bercinta

kim

Sekilas

  • Kim Woo Bin akan berkahwin dengan Shin Min a pada 20 Disember 2025 selepas 10 tahun bercinta.
  • Majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup di Seoul dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat sahaja.
  • Pasangan ini telah bersama sejak 2015 dan Shin Min a sentiasa menyokong Woo Bin ketika beliau melawan kanser pada 2017.

Pesohor Korea Selatan, Kim Woo Bin mengumumkan akan menamatkan status bujang apabila bakal berkahwin pada Disember ini.

Woo Bin, 36, akan berkahwin dengan kekasihnya, Shin Min a, 41 selepas sedekad bercinta, lapor The Chosun Daily.

Pasangan selebriti itu merancang berkahwin pada 20 Disember 2025.

“Saya mahu menjadi orang pertama yang memaklumkan berita baik ini. Ya saya akan berkahwin selepas lama bercinta. Kami mahu membina keluarga bersama. Tolong doakan kami dan terima kasih kerana telah menyokong kami selama ini,” tulis Woo Bin buat peminat.

Pengumuman gembira itu turut disampaikan melalui agensi mereka, AM Entertainment.

“Aktor dan aktres Shin Min a, Kim Woo Bin mengambil keputusan untuk menjadi pasangan seumur hidup setelah saling mempercayai sepanjang hubunga cinta mereka.

“Majlis perkahwinan akan diadakan pada 20 Disember 2025 di lokasi tertutup di Seoul dan hanya dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat,” ujar kenyataan tersebut.

Agensi juga meminta semua peminat merestui dan mendoakan pasangan itu.

Woo Bin dan Min A mengakui mereka bercinta pada tahun 2015. Min A malah menjadi individu yang tetap berada di sisi Woo Bin sepanjang aktor itu melawan penyakit kanser pada 2017.

Must-Watch Video

Advertisement