Skip to main content

Hiburan

Kisah Cinta Dengan Bella Astillah Tak Setanding Tun M & Tun Hasmah, Syed Saddiq: “Kami Tidak Layak Untuk…”

Kisah Cinta Dengan Bella Astillah Tak Setanding Tun M & Tun Hasmah, Syed Saddiq: “Kami Tidak Layak Untuk…”

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, menegaskan kisah cintanya dengan Bella Astillah tidak boleh dibandingkan dengan pasangan negarawan Tun Dr Mahathir dan Allahyarham Tun Dr Hasmah kerana jasa mereka sangat luar biasa.
  • Saddiq menghargai sumbangan besar Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Hasmah dalam bidang pendidikan dan pembangunan negara yang masih dirasai hingga kini.
  • Beliau mengajak orang ramai mendoakan kesejahteraan Allahyarham Tun Dr Hasmah dan kesihatan Tun Dr Mahathir agar beliau cepat pulih.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman beranggapan kisah cintanya bersama bakal isteri, Bella Astillah tidak layak untuk disamakan dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohamad Ali.

Menerusi sidang media walimatulurus Bella Astillah dan Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar itu menegaskan bahawa perbandingan tersebut terlalu jauh untuk dibuat.

Advertisement

"Saya rasa kami tidak layak untuk dibandingkan dengan Allahyarhamah dan juga Tun Dr. Mahathir. Tidak dekat pun, malah tidak sampai satu peratus kerana kalau kita lihat jasa mereka, ia memang luar biasa.


"Tun Dr  Hasmah salah seorang doktor wanita terawal yang memberikan inspirasi kepada wanita. Beliau satu-satunya doktor wanita dalam kelompoknya ketika itu di Singapura dan mendapat biasiswa. Bila pulang untuk berkhidmat, pada awalnya beliau berada di kota, tetapi apabila diberikan ujian dan cabaran untuk dihantar ke kawasan luar bandar, beliau tidak mengeluh.

“Beliau pergi membantu dan mendidik keluarga serta anak-anak di sana untuk menerima pendidikan moden. Beliau adalah antara yang terawal dan perintis," katanya.

Advertisement

Pada masa sama, Saddiq juga menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mempunyai sumbangan yang amat besar serta tidak perlu dipertikaikan lagi.

"Tun Dr Mahathir lagilah. Saya rasa saya tidak perlu menyenaraikan satu per satu pencapaian dan jasa beliau kepada negara yang sehingga hari ini kita masih menerima manfaatnya.

"Jadi, sejujurnya, bagi mereka yang berkongsikan perkara ini, saya tahu ia datang daripada niat yang baik. Tetapi jawapan kami, kita tidak layak untuk disamakan kerana mereka jauh lebih ke hadapan daripada kami,” ujarnya.


Malah, Saddiq turut merasakan perbandingan dari sudut keutuhan cinta juga masih tidak boleh disamakan memandangkan perjalanan kisah rumah tangganya baru sahaja mahu bermula.

"Saya tahu mungkin ada yang kata, 'Oh, tetapi bukan daripada sudut sumbangan kepada negara, mungkin daripada sudut cinta.' Itu pun saya rasa kami tidak layak. Kerana kami ini baru hendak berkahwin, hendak menghalalkan hubungan. Mereka ini sudah 70 tahun meraikan cinta dan kebijaksanaan bersama. Kami belum sampai pun 25 tahun, baru hendak membuka bab atau buku yang pertama.

"Kalau kita ibaratkan seperti sebuah buku, kami baru hendak menulis muka surat pertama. Mereka bukan sekadar menulis muka surat pertama, mungkin mereka sudah mempunyai perpustakaan sendiri yang boleh berkongsikan kisah cinta mereka. Bukan satu buku, tetapi sudah beribu-ribu buku," katanya lagi.

Dalam pada itu, Saddiq turut mengajak orang ramai untuk terus mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah Tun Dr Hasmah serta kesihatan Tun Dr Mahathir.

"Ini sesuatu yang sangat peribadi kerana saya tahu dan kami juga sangat dekat dengan mereka. Kami tahu betapa jauh lebih banyak pengalaman dan perjalanan yang mereka lalui berbanding kami. Apa yang kami boleh lakukan adalah mendapatkan sedikit sebanyak inspirasi daripada mereka.

"Jadi, walaupun dalam perkara yang paling kecil, jika kami dapat mengambil walaupun satu peratus daripada kebaikan dan jasa yang mereka sumbangkan, itu pun sudah menjadi satu nikmat yang luar biasa.

"Dengan apa yang berlaku baru-baru ini, saya berharap kita sentiasa berdoa supaya Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di jannah dan terus berdoa supaya Tun Dr Mahathir kembali pulih sepenuhnya.

"Ia bukan satu proses yang mudah untuk beliau dan keluarga. Saya berharap dengan doa kita semua serta semangat yang kita berikan, beliau akan kembali lebih kuat, insya-Allah," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement