Skip to main content

Hiburan

Komen Fazlina Ahmad Daud Buat Aisha Retno Hanyalah Teguran Seorang Kakak - “Kesian Tengok Adik-Adik Dikecam…”

Komen Fazlina Ahmad Daud Buat Aisha Retno Hanyalah Teguran Seorang Kakak - “Kesian Tengok Adik-Adik Dikecam…”

Sekilas

  • Fazlina Ahmad Daud menegur penampilan Aisha Retno yang memakai kain batik dengan belahan tinggi pada acara Keretapi Sarong 2026 atas dasar prihatin sebagai seorang kakak dalam industri.
  • Fazlina memohon maaf jika tegurannya mengguris hati Aisha, pereka, atau pihak lain dan berharap cara tegurannya boleh dijadikan contoh menegur secara berhemah di media sosial.
  • Fazlina juga menyuarakan rasa kasihan terhadap artis muda yang sering menjadi sasaran kecaman hanya kerana penampilan mereka.
Advertisement

Pelakon, Fazlina Ahmad Daud menjelaskan tegurannya terhadap penampilan Aisha Retno ketika penyanyi itu menghadiri acara Keretapi Sarong 2026 hanyalah atas dasar prihatin sebagai seorang kakak dalam industri.

Menurut Fazlina, dia bimbang sekiranya Aisha menjadi bahan kecaman ramai selepas melihat terdapatnya belahan pada kain batik yang dikenakan pelantun lagu Tidak Adil tersebut.

Advertisement

“Satu pagi yang indah, saya buka Threads. Selepas itu video adik Aisha keluar dan masa dia berjalan tu, mata saya tertumpu kepada belahan kain itu.

“Sebagai seorang kakak yang ternampak saya macam, ‘Alah, janganlah ternampak apa-apa kerana perkara itu akan mengaibkan.

“Kalau kain itu panjang sedikit atau mungkin terus buat skirt lebih elok sebab takut bila dia berjalan dan ternampak aurat Aishah, nanti jadi isu pula,” katanya kepada Gempak.

Fazlina berkongsi perkara tersebut usai konsert separuh akhir program Kilauan Emas Selebriti 2026 bertempat di Dewan Auditorium MBSA, pada Sabtu.

Mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat, adik kepada Fauziah Ahmad Daud ini menjelaskan bahawa dia tidak mahu mana-mana pihak tersalah sangka dengan komen yang ditinggalkan.

“Saya kemudiannya buat permohonan maaf di Threads. Saya tulis, ‘Saya minta maaf kalau teguran saya itu mengguris hati Aishah dan juga pereka (designer). Teguran sayang je’.

“Selepas itu ada pula yang komen bagitahu saya tak perlu minta maaf. Bukan begitu, kita tak tahu dosa kita dengan orang. Jadi walaupun benda itu betul, tapi saya wajib untuk minta maaf.

“Takut kalau ada siapa-siapa yang terguris. Bukan sahaja Aishah, tapi peminat dia ke kan, pengurus (manager) dia ke, mak dia ke, even the designer,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Fazlina mengakui berasa kagum dengan Aisha namun dalam masa yang sama mengakui  berasa kasihan melihat artis muda menjadi sasaran kecaman hanya kerana penampilan mereka.

Justeru, Fazlina berharap teguran yang diberikan itu dalam masa yang sama boleh dijadikan sebagai contoh kepada pengguna media sosial untuk menegur mana-mana pihak dengan cara tanpa perlu menjatuhkan mahupun memalukan mereka.

“Saya sangat mengagumi dia dari segi suara dan sebagainya. Cuma kadang-kadang sebagai kakak dalam industri, kesianlah bila adik-adik ni dikecam.

“Pakai sikit je, ada yang nak kecam dan cara mereka kecam dan komen itu sangat kejam.

“Jadi, mungkin cara saya tu dapat memberikan contoh pada adik-adik yang lain. Kalau nak menegur, inilah caranya,” ujarnya.

Sebelum ini, Fazlina menegur gaya Aisha Retno yang memakai kain batik pendek ketika menghadiri acara Keretapi Sarong 2026.

Komen itu seterusnya mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna Threads mengenai fesyen batik Aisha.

Fazlina kemudiannya tampil membuat permohonan maaf sekiranya komen yang ditinggalkan mengguris hati Aisha dan mana-mana pihak yang terlibat.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement