Skip to main content

Hiburan

Komen Melampau Libatkan Anak, Uqasha Senrose Takkan Berdiam Diri - “Teruk Sekali Orang Benci Ibu Tapi Jangan…”

Uqasha Senrose

Sekilas

  • Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan dengan komen melampau netizen yang melibatkan anaknya, Hawra Uqaira.
  • Uqasha berterima kasih kepada ibu-ibu yang membantu membesarkan anaknya dan berjanji tidak akan berdiam diri dalam mencari individu yang meninggalkan komen negatif.
  • Suaminya, Kamal Adli, turut berang dengan dakwaan palsu mengenai anak mereka yang tular di media sosial.

Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan dengan komen melampau daripada netizen melibatkan anaknya iaitu Hawra Uqaira. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Uqasha bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada kaum ibu yang banyak membantunya dalam membesarkan anaknya itu. 

 

“Uqaira you’re my daughter, terlampau jahat sangat kata-kata manusia sekarang ni. Ya ibu sedih… teruk sekali orang benci ibu tapi jangan sampai libatkan anak kecil yang tak bersalah ni. 

 

“Saya pertama kali menjadi ibu, terima kasih semua ibu yang banyak tolong Qasha masa nak membesarkan Qaira dan nenda pun banyak ajar. I’m a proud mother. 

 

“Dah nak masuk dua bulan, rindu Qaira kecil, dah tak boleh nak pusing masa suruh jadi baby balik, terus ke depan,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian lain, isteri kepada aktor Kamal Adli itu tidak akan berdiam diri dan akan mencari individu yang meninggalkan komen melampau. 

 

“Saya takkan berdiam diri sampai saya dapat siapa orang ni? Dari mana semua! Dah ambil link dari FB. Lama mana pun saya akan buat sampai dapat itu janji saya,” tegasnya.

 

Sebelum ini, Kamal juga meluahkan rasa berang apabila menerima komen melampau melibatkan anaknya, Hawra Uqaira yang didakwa bukan anak kandungnya. 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement